Ketahuilah, Allah telah menjanjikan ganjaran kebaikan buat hambaNya yang belajar membaca Al-Quran.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.
Hadis riwayat Tirmizi
Bayangkan, betapa banyak ganjaran manfaat yang bakal anda perolehi jika anda konsisten membaca Al-Quran setiap hari. Jika tak dapat baca satu muka surat sehari, sekurang-kurangnya biasakan membaca satu ayat satu hari. Niatkan dalam diri untuk istiqamah belajar membaca Al-Quran.