fbpx
PDPR

PDPR? 3 Teknik Berkesan Yang Boleh Digunakan sepanjang PDPR !

PDPR

Apakah itu PDPR ? PDPR bermaksud Pengajaran dan Pembelajaran di rumah. Dengan penularan Covid-19 ini yang kita tak tahu bila akan berakhir , maka PDPR adalah salah satu pilihan dan jalan yang terbaik untuk memastikan  pembelajaran anak-anak dapat diteruskan walau apapun keadaan yang dihadapi.

Hingga sekarang , kita dapat lihat pelbagai telatah pelajar ketika PDPR sedang berlangsung. Ada yang tidak dapat memberikan perhatian yang penuh , ada yang rasa mengantuk. Haa , ini bermakna guru perlu menitik beratkan cara pengajaran mereka.

Memandangkan PDPR ini dijalankan secara online , jadi guru yang mengajar perlu menukar teknik pengajaran yang sesuai mengikut kaedah yang digunakan. Baik, di sini admin akan kongsikan 3 teknik yang boleh digunakan supaya pelajar dapat tumpukan perhatian yang penuh dalam kelas yang dijalankan.

Antara teknik-tekniknya adalah:

1. Sediakan bahan bantu mengajar

Disebabkan sepanjang PDPR ini perlu menjalankan kelas secara online , maka guru-guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang lain. Supaya dalam masa yang sama pelajar akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya ketika pembelajaran dijalankan.

pdpr bahan bantu mengajar

bahan mengajar pdpr

Sebagai contoh di dalam gambar yang diberi , guru boleh menggunakan apa-apa sahaja bentuk flashcard sesuai pada topik yang akan dipelajari oleh pelajar. Lagi menarik jika flashcard yang digunakan itu berwarna dan mempunyai tulisan yang jelas supaya pelajar lebih mudah untuk ingat dan faham apa yang dipelajari.

2. Sediakan Aktiviti sepanjang PDPR

Dengan teknologi sekarang yang lebih maju dan menarik ini , guru mempunyai banyak pilihan untuk mencipta games bagi pelajar mereka hanya menggunakan pelbagai digital platform seperti wordwall, puzzle factory dan sebagainya.

Ini adalah contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk para pelajar secara digital.

aktiviti pdpr

Guru hanya memilih kaedah yang ingin digunakan untuk menyampaikan pembelajaran dengan cara yang mudah kepada pelajar. Sekaligus dapat memudahkan pelajar untuk memahami dan mengingat pembelajaran mereka dengan melakukan games yang menarik tersebut.

3. Sediakan Modul Softcopy

Sebelum terjadinya pembelajaran norma baharu ini , pelajar menggunakan buku teks sepanjang pembelajaran mereka. Tetapi dengan keadaan sekarang guru perlu sediakan softcopy untuk modul tersebut. Dengan ini pelajar dapat meneruskan silibus yang terdapat dalam modul yang digunakan sepanjang kelas dijalankan.

modul pdpr

Bukan itu saja , guru dan pelajar juga boleh terus mengaplikasikan tulisan tambahan dalam modul tersebut bagi topik yang sedang diajar  supaya pelajar lebih fokus dengan apa yang diterangkan. Itu lebih mudah dan berkesan !

 

Jika anda berminat untuk mengajar tapi masih belum sempat mengasah skill-skill diatas , jangan risau ! sebab anda masih ada peluang untuk menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam pengajaran. Klik sini untuk tahu info lanjut.