fbpx

3’Vaksin’ Ini Berkesan Untuk Anak Belajar Mengaji !

vaksin virus

Dengar je perkataan vaksin , mesti terbayangkan ketajaman jarum suntikan tu kan. Kalau kita pon takut apatah lagi anak-anak. Tapi sekarang ni , kak bee nak kongsi bukan pasal jarum tajam ni. Kalau nak tahu tentang apa , kena baca artikel ini sampai habis ya !

Oke jom teruskan …..

Antara 3 ‘vaksin’ ini yang sangat berkesan untuk anak-anak ibu belajar Al-Quran ! Jom kita lihat satu persatu untuk persediaan kita sebagai para ibu dalam mendidik anak-anak belajar Al-Quran.

1. Teknik DIY

teknik diy

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘vaksin’ pertama ini ? Oke , untuk mengubati kebosanan dan ketidak fokusan anak-anak ketika belajar lagi-lagi waktu pertama kali untuk kita mendedahkan kepada mereka sesuatu yang baru , maka para ibu perlulah fikirkan teknik diy ini.

Kenapa DIY ? Sebab aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang senang di ‘create’ dan capai apa saja kat rumah dah siap untuk anak-anak bermain tapi sambil belajar. Jadi dengan adanya permainan atau aktiviti yang menarik semasa belajar, anak-anak akan lebih seronok dan boleh jadi mereka akan leka. Tidak apa kalau ‘leka’ itu bermanfaat !

2. Video Animasi

vaksin video animasi

Oke untuk ‘vaksin’ yang kedua. Bagaimana kita nak mengubati rasa mengantuk anak ketika proses pembelajaran ni ? Sebenarnya, terkadang gadget ini sangat perlu untuk proses pembelajaran anak-anak. Tapi, ada tapinya ya. Perlu dikawal penggunaanya supaya anak tidak ketagih untuk perkara yang lain.

Apa yang boleh membantu pembelajaran anak-anak dari penggunaan gadget? Dengan adanya gadget ini , kita boleh sediakan video animasi yang boleh dicari dari platform youtube untuk menjadikan sebagai bahan pembelajaran anak-anak mengikut topik yang berkaitan.

Yang lagi menarik , jika kita dapat sediakan video animasi dengan menggunakan kartun yang mereka minat untuk tonton. Tak sempat nak mengantuk jadinya !

3. Pillow Talk

pillow talk

‘Vaksin’ ini juga sangat perlu untuk anak-anak. Ni bahasa omputih. Dalam bahasa melayunya cakap bantal. Waktu ni sangat sesuai untuk para ibu ulangkaji sedikit apa yang telah dipelajari anak-anak.

Dan gunakan masa ini untuk memberikan kata-kata positif buat mereka bagi menghilangkan perasaan negatif yang hadir setiap kali dalam proses pembelajarannya. Waktu ni lah masa untuk ibu menjadi lebih akrab dengan anak.

Waktu mereka dah mamai-mamai tu , ucapkan doa-doa yang baik untuk mereka, usap kepala mereka. Dan kalau boleh peluklah mereka. Hargai mereka !

Oke . Selamat Mencuba !

kelas mengaji

Nak sediakan kelas mengaji secara private one-to-one untuk anak-anak ? Bagi mengelakkan para ibu yang busy tiada masa untuk mengajar anak mengaji di rumah , kami sedia membantu !