fbpx

3 Persediaan Ini Bantu Emosi Anak Mula Sekolah !

mula sekolah

Dah mula musim anak-anak masuk sekolah ni. Ada yang masuk dan naik darjah yang baru , ada yang dari sekolah rendah naik ke  menengah dan yang paling best sekali anak-anak yang baru pertama kali masuk sekolah ni. Oke ke tu ? Hehehe.

Almaklumlah , anak-anak baru nak mengenal alam persekolahan ni lain sikit perasaannya. Ada yang teruja , ada yang menangis sampai tersedu-sedu. Hehe. Tapi kak bee yakin 95% yang mula dengan tangisan selepas ibu bapa melepaskan anak di pagar sekolah.

Jadi macam mana nak bantu emosi anak yang baru nak kenal alam persekolahan ni ? Jom kak bee kongsikan 3 perkara yang perlu ibu lakukan sebelum anak memulakan sesi persekolahan.

1. Persediaan ibu di rumah

sekolah anak

Apa yang perlu dilakukan ibu di rumah untuk membuat anak-anak bersedia menghadapi alam persekolahan ?

Biasakan anak-anak di dalam situasi pembelajaran di rumah. Ibu boleh sediakan tempat belajar mereka dan perlu buat jadual supaya di sekolah nanti anak sudah terbiasa mengikut masa yang telah ditetapkan.

Dan dalam masa yang sama ajar mereka untuk melakukan sesuatu itu dengan berdikari. Yelaa , di sekolah nanti kita tak boleh duduk sekali dengan anak-anak. Hehe. Cuba create aktiviti dengan mereka dan biasakan mereka dengan arahan. InshaAllah bila kita dah buat macam ni anak akan jadi terbiasa di sana  nanti.

2. Sokongan dari ibu bapa

solat awal waktu

Sokongan ibu bapa terutamanya dalam bidang pendidikan sangat penting untuk anak-anak. Dari sokongan inilah anak-anak akan menjadi lebih bersemangat dalam memulakan hari persekolahan setiap pagi. Ucapkan kata-kata positif untuk mereka pon sudah cukup bagi menaikkan semangat mereka.

Ingat yang diberi adalah sokongan bukan kongkongan , yang mana jika ibu”terlalu” bimbang dengan anak-anak sampai apapun yang mereka perlu lalui terbatas mereka akan berubah sikap sehingga boleh jadi memberontak untuk tak nak ke sekolah.

3. Peranan Guru

peranan guru sekolah

Guru-guru juga perlu memainkan peranan penting di sekolah. Selepas tangan anak-anak dilepaskan oleh ibunya maka, tanggungjawab seterusnya adalah pada guru itu sendiri. Guru sebagai pengganti ibu bapa di sekolah.

Guru perlu mencipta aktiviti atau merancang cara yang boleh  menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih bermakna dan berkesan. Hadirkan suasana riang dan mesra kepada kanak-kanak dapat membuat pembelajaran yang dijalankan aktif dan kanak-kanak dapat melalui proses perkembangan yang seimbang.

Klik di sini supaya anda boleh tengok idea dan contoh-contoh aktiviti yang dilakukan bersama kanak-kanak.

Semoga Bermanfaat !

EBOOK PERCUMA