Bila nak mengajar anak seawal usia 4 tahun , memang banyak ‘drama’ yang tersendiri kan. Hehe. Yelaa , anak seusia ini belum ada minat lagi nak belajar , yang mereka tahu nak main je, biasalah budak-budak. Pantang nampak mainan wahh semangatnya lain macam.
Tapi kita seorang ibu mesti lah nak buat persediaan untuk pendidikan awal anak-anak. Kalau boleh nak mulakan pembelajaran anak seawal yang mungkin supaya senang di kemudian hari. Jadi apa kata , kita buat aktiviti DIY yang fun bersama anak-anak dalam masa yang sama anak boleh bermain dan belajar.
Banyak sebenarnya aktiviti DIY yang ibu boleh create untuk anak-anak untuk belajar dan bermain tau . Oke , jom kak bee kongsikan idea aktivi DIY tersebut. Confirm boleh jadi fun learning untuk anak-anak.
1. Dadu Huruf Hijaiyyah
Bahan yang diperlukan
1. kotak bersaiz square tidak terlalu besar (kotak produk skincare ibu pon boleh)
2. Kertas warna
3. Marker pen @ Template huruf hijaiyyah
4. Gunting
5. Gam
Nak tengok cara buatannya step by step boleh tengok di sini. Dadu huruf hijaiyyah.
2. My Hijaiyyah Calender
Bahan yang diperlukan
1. Calender lama yang bertulang
2. Kertas Warna
3. Potongan Hijaiyyah
4. Benang Sulam
5. Gam
6. Gunting
Jom kita tengok cara pembuatan untuk aktiviti My Calendar Hijaiyyah ni.
3. Plant of Hijaiyyah
Bahan yang diperlukan
1. Polisterine
2. Template Hijaiyyah
3. Gunting
4. Gam
Nak tau tak bagaimana cara nak “menanam” pokok huruf hijaiyyah ni ? Haa jom klik sini.
4. Flower’s clock of Hijaiyyah
Bahan yang diperlukan
1. Box
2. Kertas Warna
3. Butang
4. Jarum & Benang
5. Template huruf hijaiyyah
6. Gam
7. Gunting
Jom tengok cara-cara nak buat circle huruf hijaiyyah ni di sini.
Seronok je kalau kita dapat sediakan aktiviti diy ni untuk anak-anak. Kalau nak try buat macam ni jom tengok caranya di sini.
5. Circle Huruf Hijaiyyah
Bahan yang diperlukan
1. Kotak
2. Template Huruf Hijaiyyah
3. Penyepit
4. Kertas A4
5. Pen Marker
6. Sticker kosong
Banyak kan sebenarnya aktiviti DIY yang boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran anak-anak. Hanya dengan menggunakan barang terpakai saja. Capai je apa yang ada di rumah tu dah boleh jadi set aktiviti yang Fun.
Tak percaya ? Cubalah buat salah satu aktiviti di atas 😉
Nak lebih banyak aktiviti DIY untuk pembelajaran asas Al-Quran untuk anak-anak ? Jom LIKE dan FOLLOW Facebook Page di link ini Beanahomequran.