fbpx
bacaan alquran

Hukum Tajwid: 5 Tanda Waqaf Dalam Al-Quran Yang Anda Wajib Ketahui

5 Tanda Waqaf Dalam Al-Quran yang Wajib Anda Ketahui!

bacaan alquran

Al-Quran adalah kata-kata yang datang daripada Kekasih dan Pencipta. Oleh itu, penting untuk anda patuhi setiap hukum tajwid bagi memuliakan Al-Quran dengan sebaik-sebaik bacaan.

Salah satu hukum tajwid yang paling penting untuk anda ketahui dalam Al-Quran adalah tanda-tanda waqaf. Apa itu waqaf?

Maksud Waqaf

Pengertian dari segi bahasa adalah berhenti atau menahan.

Dari segi istilah pula bermaksud menghentikan bacaan sejenak atau memutuskan bacaan di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambung kembali bacaan yang tergendala.

Kenapa Perlunya Tanda Waqaf?

Tanda-tanda waqaf dalam Al-Quran bertujuan untuk memelihara makna Al-Quran daripada diselewengkan. Bahaya sekiranya jika kita yang tiada penguasaan bahasa Arab yang jitu membaca Al-Quran dan berhenti mengikut sesuka hati. Makna sesebuah ayat itu boleh berubah.

membaca alquran

Pada masa yang sama, tanda waqaf ini sebenarnya membantu kita untuk membaca mengikut kadar nafas kita tanpa merosakkan makna sesebuah ayat.

Berikut adalah 5 tanda waqaf yang biasa anda temui dalam Al-Quran Rasm Uthmani, tetapi memang betulkah pemahaman anda untuk setiap tanda-tanda ini? Jom kita pastikan bersama!

Waqaf Laa Wasol (لا)

Tanda waqaf لا ini maksudnya dilarang berhenti.

Anda boleh temui tanda ini sama ada di penghujung atau pertengahan ayat. Jika di hujung ayat, anda boleh berhenti atau meneruskan sahaja bacaan. Tetapi jika di pertengahan ayat, jangan sesekali berhenti pada kalimah yang mempunyai tanda ini.

Contoh ayat:

ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيْكُمُ ٱدْخُلُوا۟ ٱلْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Surah An-Nahl: 32

Waqaf Lazim (مـ)

Tanda mim kecil ini bermaksud anda diutamakan untuk berhenti.

Huruf mim kecil ini juga digunakan untuk tanda tajwid iqlab. Walaupun menggunakan simbol yang sama, maksud dan cara bacaannya berbeza.

Cara untuk anda membezakan antara keduanya adalah melalui panjang atau pendek ekor mim kecil itu. Tanda iqlab bersimbol mim kecil berekor panjang (م), manakala tanda waqaf pula simbol mim kecil berekor pendek (مـ). Anda jangan keliru ya.

Contoh ayat:

إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ ٱلَّذِينَ يَسْمَعُونَ ۘ وَٱلْمَوْتَىٰ يَبْعَثُهُمُ ٱللَّهُ ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Surah Al-An’am: 36

Tanda Saktah (س)

Simbol huruf sin ini bermaksud anda perlu berhenti seketika tanpa bernafas.

Jika anda temui simbol sin ini, anda perlu berhenti sejenak selama 2 harakat tanpa bernafas sebelum menyambung semula bacaan. Tanda waqaf ini anda hanya boleh temui pada 4 tempat sahaja dalam Al-Quran: 

وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ

Surah Al-Qiyaamah: 27

قَالُوا۟ يَـٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ  ۗ هَـٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحْمَـٰنُ وَصَدَقَ ٱلْمُرْسَلُونَ

Surah Yaasiin: 52

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَـٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَا ۜ  ﴿الكهف:١

Surah Al-Kahfi: 1

كَلَّا ۖ  بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ

Surah Al-Mutaffifin: 14

Waqaf Jaiz (ﺝ)

Waqaf jaiz disimbolkan dengan huruf jim. Ia bermaksud anda boleh berhenti atau meneruskan bacaan.

Contoh ayat:

أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَ ۚ  إِنَّنِى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ

Surah Hud: 2

Waqaf Muraqabah (:.__:.)

Anda akan temui simbol titik segitiga ini 2 kali dalam sesebuah ayat. Ia bermaksud anda perlu berhenti pada salah satu tanda sahaja.

Jika anda berhenti pada tanda yang pertama, tak boleh berhenti pada tanda yang kedua. Begitu juga sebaliknya. Anda tak dibenarkan menghentikan bacaan pada kedua-dua tanda.

Contoh ayat:

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Surah Al-Baqarah: 2 

Anda boleh klik video di bawah untuk ketahui cara untuk hentikan bacaan di tengah-tengah ayat dengan betul:

Semoga ilmu ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk anda. Ambillah peluang ini untuk memperbaiki bacaan Al-Quran anda. Penting untuk anda mempelajari hukum tajwid bagi mencapai bacaan Al-Quran dengan sesempurna bacaan. 

Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang memuliakan Al-Quran dengan memperindahkan bacaannya.

belajar alquran

Nah ini adalah antara tanda-tanda waqaf yang biasa anda temui. Ada banyak lagi tanda waqaf yang terdapat dalam Al-Quran. Seeloknya anda berguru dengan mereka yang pakar dalam bidang ini untuk mendapatkan ilmu hukum tajwid yang benar.

Jangan risau, anda boleh belajar hanya daripada rumah melalui kelas online bersama guru yang bertauliah di Beana HomeQuran. Klik saja link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah redha atas segala usaha kita.

Anda nak perbaiki bacaan al-quran ?

mengaji al quran

TRIAL KELAS MENGAJI PERCUMA 
===================================

Butiran Trial Kelas :
✅ Cek tahap pembacaan al-quran dan hukum tajwid
✅ Cek makhraj huruf dan sebutan huruf
✅ Semakan bacaan surah-surah lazim

Jom cek bacaan al-quran anda secara online. Semoga dengan kelas trial online ini, anda dapat kenalpasti kesalahan hukum tajwid dan bacaan surah-surah lazim 🤎

Berminat dengan Trial Kelas Online Percuma ? Puan/tuan boleh tekan di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline

atau hubungi kami di 011-70073859