Solat berjemaah adalah solat yang dilakukan secara beramai-ramai. Iaitu sekurang-kurangnya 2 orang; seorang imam dan seorang makmum.
Dalam Islam, hukum pelaksanaan solat jemaah adalah fardhu kifayah. Yang bermaksud, ia wajib ditunaikan oleh sebahagian kelompok masyarakat untuk menzahirkan syi’ar Islam di sesebuah kawasan atau kariah tersebut.
“Alah, solat jemaah nanti takut lambat habis. Ada kerja banyak ni.”
Budaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa kelam-kabut mengejar waktu sering dijadikan alasan untuk tidak ikut serta berjemaah.