fbpx
mengaji alquran

Tips Mudah Untuk Istiqamah Baca Al-Quran Setiap Hari!

Tips Mudah Untuk Istiqamah Baca Al-Quran Setiap Hari

Baca Al-Quran pada setiap hari patut dijadikan satu kewajipan buat anda.

Cabaran budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk mengurus rutin harian dan urusan pekerjaan, tidak boleh anda jadikan alasan untuk tidak menyentuh Al-Quran. 

Bila kali terakhir anda mengeratkan tali hubungan anda bersama Al-Quran? 

mengaji alquran

Seperti anda memenuhi keperluan asas untuk makan sekurang-kurangnya sekeping roti bagi mengisi perut dan seteguk air minuman untuk kelangsungan hidup, keperluan rohani dan spiritual juga perlu anda suapkan dengan sekurang-kurangnya secebis bacaan Al-Quran sebagai santapan.

Pembentukan diri seseorang individu yang baik bukan hanya bergantung kepada kesihatan fizikal dan mental semata. Nilai spiritual yang positif dalam diri juga perlu anda titikberatkan.

Bagaimana caranya?

Iaitu melalui amalan baca Al-Quran pada setiap hari.

Ini ada 3 tips mudah dan berkesan yang boleh anda amalkan untuk mendorong diri anda membaca Al-Quran pada setiap hari. Jom sama-sama praktikkan!

Letakkan Al-Quran di sudut yang mudah dilihat dan dicapai

Contohnya, jika anda banyak berhabis masa berada dalam kenderaan kerana terpaksa meredah kesesakan lalu lintas, letakkan senaskhah Al-Quran di dashboard kenderaan anda.

al quran

Daripada membiarkan fikiran anda dibelenggu tekanan dan bibir mengomel yang bukan-bukan, lebih baik anda penuhi dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Bukan sahaja dapat tenangkan hati, pahala pun dapat!

Atau, anda boleh putarkan alunan bacaan Al-Quran daripada radio melalui pendrive. Anda boleh isikan beberapa audio bacaan surah ke dalam pendrive tersebut dan pasangkan pada radio kenderaan anda. Secara tidak langsung, anda boleh mengikuti alunan bacaan Al-Quran sambil memandu.

'Sematkan' Al-Quran dalam telefon bimbit
al quran online

Gunakan sehabis baik kemudahan gajet yang sering ‘melekat’ pada tangan anda itu untuk menambah nilai ibadah pada setiap hari. Antara caranya adalah anda boleh muat turun aplikasi Al-Quran dalam smartphone anda.

Walaupun banyak aplikasi Al-Quran online yang boleh anda muat turun, anda perlu cakna dan berhati-hati tentang kesahihan sesebuah aplikasi Al-Quran. Banyak juga aplikasi Al-Quran yang diselewengkan isi dan terjemahannya. 

Anda boleh muat turun aplikasi Smart Quran untuk membantu anda sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Smart Quran adalah aplikasi Al-Quran yang dihasilkan atas kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Malah, ia juga telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran di bawah KDN.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di:

Pengguna Android: Smart Quran

Pengguna IOS: Smart Quran

Memahami maksud ayat Al-Quran

Sekiranya anda membaca Al-Quran sekadar baca, maka ia hanya meniti di bibir sahaja. Tiada penghayatan yang boleh dibawa masuk ke dalam hati. 

Itu yang menyebabkan anda susah untuk istiqamah membaca Al-Quran setiap hari. Kemanisan nikmat dan pengajaran ayat Al-Quran gagal masuk dalam hati kerana anda tidak faham maksud setiap bait ayat.

Jadi, apa yang anda boleh buat?

Anda perlu menggunakan Tafsir Al-Quran ketika mengaji. Soroti dan fahami maksud di sebalik ayat Al-Quran. Sesungguhnya, Al-Quran penuh dengan peringatan dan pengajaran yang boleh anda jadikan sebagai panduan kehidupan seharian. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

Surah Al-Qamar: 17

Jika anda dapati ada terjemahan ayat Al-Quran yang kurang anda fahami, sebaiknya anda bertanya pada ahlinya, iaitu guru yang pakar dalam bidang tersebut.

Anda boleh klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk belajar membaca Al-Quran dengan cara yang efektif dan mudah bersama guru yang bertauliah.

Semoga perkongsian ringkas tips mudah ini mampu memberi manfaat buat anda sedikit sebanyak. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menambah baik nilai ibadah kita pada setiap hari.

Semoga Allah redha.

Wallahua’lam.