fbpx

Tips Mudah Untuk Istiqamah Baca Al-Quran Setiap Hari!

Tips Mudah Untuk Istiqamah Baca Al-Quran Setiap Hari

Baca Al-Quran pada setiap hari patut dijadikan satu kewajipan buat anda.

Cabaran budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk mengurus rutin harian dan urusan pekerjaan, tidak boleh anda jadikan alasan untuk tidak menyentuh Al-Quran. 

Bila kali terakhir anda mengeratkan tali hubungan anda bersama Al-Quran? 

mengaji alquran

Seperti anda memenuhi keperluan asas untuk makan sekurang-kurangnya sekeping roti bagi mengisi perut dan seteguk air minuman untuk kelangsungan hidup, keperluan rohani dan spiritual juga perlu anda suapkan dengan sekurang-kurangnya secebis bacaan Al-Quran sebagai santapan.

Pembentukan diri seseorang individu yang baik bukan hanya bergantung kepada kesihatan fizikal dan mental semata. Nilai spiritual yang positif dalam diri juga perlu anda titikberatkan.

Bagaimana caranya?

Iaitu melalui amalan baca Al-Quran pada setiap hari.

Ini ada 3 tips mudah dan berkesan yang boleh anda amalkan untuk mendorong diri anda membaca Al-Quran pada setiap hari. Jom sama-sama praktikkan!

Letakkan Al-Quran di sudut yang mudah dilihat dan dicapai

Contohnya, jika anda banyak berhabis masa berada dalam kenderaan kerana terpaksa meredah kesesakan lalu lintas, letakkan senaskhah Al-Quran di dashboard kenderaan anda.

al quran

Daripada membiarkan fikiran anda dibelenggu tekanan dan bibir mengomel yang bukan-bukan, lebih baik anda penuhi dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Bukan sahaja dapat tenangkan hati, pahala pun dapat!

Atau, anda boleh putarkan alunan bacaan Al-Quran daripada radio melalui pendrive. Anda boleh isikan beberapa audio bacaan surah ke dalam pendrive tersebut dan pasangkan pada radio kenderaan anda. Secara tidak langsung, anda boleh mengikuti alunan bacaan Al-Quran sambil memandu.

'Sematkan' Al-Quran dalam telefon bimbit
al quran online

Gunakan sehabis baik kemudahan gajet yang sering ‘melekat’ pada tangan anda itu untuk menambah nilai ibadah pada setiap hari. Antara caranya adalah anda boleh muat turun aplikasi Al-Quran dalam smartphone anda.

Walaupun banyak aplikasi Al-Quran online yang boleh anda muat turun, anda perlu cakna dan berhati-hati tentang kesahihan sesebuah aplikasi Al-Quran. Banyak juga aplikasi Al-Quran yang diselewengkan isi dan terjemahannya. 

Anda boleh muat turun aplikasi Smart Quran untuk membantu anda sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Smart Quran adalah aplikasi Al-Quran yang dihasilkan atas kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Malah, ia juga telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran di bawah KDN.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di:

Pengguna Android: Smart Quran

Pengguna IOS: Smart Quran

Memahami maksud ayat Al-Quran

Sekiranya anda membaca Al-Quran sekadar baca, maka ia hanya meniti di bibir sahaja. Tiada penghayatan yang boleh dibawa masuk ke dalam hati. 

Itu yang menyebabkan anda susah untuk istiqamah membaca Al-Quran setiap hari. Kemanisan nikmat dan pengajaran ayat Al-Quran gagal masuk dalam hati kerana anda tidak faham maksud setiap bait ayat.

Jadi, apa yang anda boleh buat?

Anda perlu menggunakan Tafsir Al-Quran ketika mengaji. Soroti dan fahami maksud di sebalik ayat Al-Quran. Sesungguhnya, Al-Quran penuh dengan peringatan dan pengajaran yang boleh anda jadikan sebagai panduan kehidupan seharian. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

Surah Al-Qamar: 17

Jika anda dapati ada terjemahan ayat Al-Quran yang kurang anda fahami, sebaiknya anda bertanya pada ahlinya, iaitu guru yang pakar dalam bidang tersebut.

Anda boleh klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk belajar membaca Al-Quran dengan cara yang efektif dan mudah bersama guru yang bertauliah.

Semoga perkongsian ringkas tips mudah ini mampu memberi manfaat buat anda sedikit sebanyak. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menambah baik nilai ibadah kita pada setiap hari.

Semoga Allah redha.

Wallahua’lam.

Solat Subuh: 5 Tips Bangun Awal

Tips Bangun Awal Untuk Solat Subuh

Solat Subuh anda bagaimana? Selalu Subuh gajah? Anda sendiri buntu tak tahu nak buat bagaimana lagi untuk biasakan diri bangun awal. 

bangun pagi

Kesukaran untuk bangun pagi ni sebenarnya bukan sesuatu yang asing. Ramai orang di luar sana menghadapi masalah yang sama.

Ada yang merungut kata tak dengar bunyi jam penggera, ada juga yang kata walau seberapa lama sekalipun mereka tidur, tetap akan berasa mengantuk keesokan paginya. 

Ini ada 5 tips yang mungkin boleh membantu anda untuk bangun awal pagi. Dan untuk pastikan tiada lagi Subuh gajah! Kita perlu usaha untuk perbetulkan yang salah. Pastikan baca sampai habis ya!

Tidur Awal

Pastikan anda tidur sebelum jam 12 malam. Untuk bangun awal, anda perlulah tidur awal juga. Jangan sesekali melengahkan masa untuk tidur.

Anda boleh set kan penggera untuk waktu tidur pada pukul 10 malam pada setiap hari. Biar anda tak terlajak waktu untuk tidur.

Kurangkan Melihat Gadget
gadget

Pastikan anda berhenti melihat skrin alatan elektronik, termasuk televisyen, laptop dan telefon bimbit. Anda perlu mengurangkan melihat alatan elektronik sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur. 

Kenapa?

Kerana gelombang cahaya biru daripada skrin alatan elektronik akan mengganggu penghasilan melatonin. Melatonin adalah sejenis hormon dalam tubuh badan yang memberi arahan pada otak bahawa sudah tiba masa untuk tidur. 

Sentiasa Konsisten

Jika anda boleh bangun awal pagi pada hari bekerja, pastikan anda konsisten untuk bangun awal pagi walaupun pada hari hujung minggu.

Sia-sia sahaja usaha anda memaksa diri untuk bangun awal pada hari bekerja, tapi tiba saja hujung minggu, rutin itu dirosakkan. 

Apabila tiba pagi Isnin, anda menghadapi kesukaran yang sama, iaitu untuk memaksa diri untuk bangkit dari katil pada awal pagi.

Tidak Melakukan Perubahan Drastik

Jangan terburu-buru. Ambil masa anda untuk melakukan perubahan jadual tidur dan bangun anda. Kerana perubahan yang drastik tidak akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Sistem tubuh badan anda takkan mampu diubah hanya dalam masa satu malam.

Mungkin anda boleh mulakan dengan tetapkan jam penggera untuk bangun 10 minit lebih awal daripada biasa. Dalam masa sebulan, in shaa Allah anda mampu mengekalkan momentum itu. Anda perlukan momentum dalam proses pembinaan rutin harian.

Amalkan Rutin Sebelum Tidur

Setiap malam sebelum tidur, anda boleh mulakan dengan memberus gigi, menukar pakaian tidur dan membaca surah-surah pendek dan doa sebelum tidur. 

Daripada Aisyah RA yang bermaksud: 

Sesungguhnya Nabi SAW jika baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu baginda membaca: Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu birabbil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

Riwayat Al-Bukhari

Jadi, anda boleh amalkan membaca surah 3 qul dan tiup pada tapak tangan sebelum menyapu pada seluruh anggota badan. Serta jangan lupa untuk membaca doa sebelum tidur: 

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوتُ

Maksudnya: Dengan nama-Mu, ya Allah, aku hidup dan aku mati.

Melalui rutin yang anda lakukan pada setiap malam, ia akan memberi signal kepada otak untuk mengenalpasti waktu tersebut adalah waktu untuk badan anda rehat dan tidur.  

Untuk mendapatkan pembelajaran Al-Quran, Beana HomeQuran ada menyediakan perkhidmatan khas untuk anda. Klik saja link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. 

mengaji alquran

Semoga amalan tips ringkas ini mampu melatih diri anda untuk bangun menunaikan solat subuh pada waktunya. Lagipun, banyak manfaatnya bangun awal pagi ni.

Jika anda temukan ia berguna, sila kongsikan tips ringkas ini kepada yang lain ya! Semoga Allah redha.  

kelas solat

Jom kita sama-sama tambahkan ilmu pengetahuan tentang solat bersama guru yang bertauliah! Hanya tinggal sikit sahaja lagi kekosongan untuk diisi!

Anda boleh klik laju-laju saya nak belajar solat! untuk mendaftar dengan kami sementara masih ada kekosongan!

Anda boleh saja Whatsapp kami jika ada sebarang soalan. In shaa Allah, kami sedia membantu!

3 Cara Membina Keyakinan Diri Sebagai Guru Mengaji

3 Cara Membina Keyakinan Diri Sebagai Guru Mengaji

belajar mengaji

Guru mengaji menyandang tugas yang besar untuk mendidik pelajar. Kurang keyakinan diri sering menjadi bualan masalah bagi para Qutor. Jadi, bagaimanakah caranya untuk membina atau meningkatkan keyakinan diri sebagai guru mengaji? Teruskan pembacaan sehingga point terakhir bagi mengetahui langkah efektif untuk membina keyakinan diri. Antara cara-caranya adalah seperti berikut:

Sentiasa Berbicara Dengan Sang Pencipta
berdoa

Bolehkah kita berbicara dengan Tuhan?

Mengikut kata para alim dan ulamak menyatakan:

Jika kalian ingin berdialog dengan Allah, bersolatlah dan menadah tangan untuk berdoa. Manakala jika kalian ingin mendengarkan Allah, hayati bait ayat-ayat suci Al-Quran. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Oleh itu, antara cara untuk berbicara dengan Allah adalah dengan:

  • Mempelajari bacaan Al-Quran serta memahami kandungan yang tersirat di sebalik ayat-ayat suci Al-Quran.
  • Sentiasa mengingati Allah dengan meringankan bibir untuk berzikir. Sama ada ketika diperangkap konkrit permasalahan atau dihujani rahmat kebahagiaan.
  • Tidak kedekut untuk menadah kedua belah tapak tangan setiap kali seusai mengerjakan solat untuk berbicara dan bercurhat di hadapan Sang Pencipta. 

Sebagai seorang guru mengaji, simpulan tali hubungan antara Sang Pemegang Hati dan diri sendiri sangat penting untuk dititiberatkan.

Guru mengaji perlu menyediakan alat bantu mengajar (ABM)

Proses pengajaran dan pembelajaran bukan mudah. Oleh itu, para guru mengaji perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran bagi melancarkan proses pembelajaran Al-Quran. Alat bantu mengajar (ABM) mempunyai fungsi yang tertentu.

Antaranya, ia digunakan bagi memberi kefahaman yang jelas dan mendalam tentang sesuatu yang diajar. Selain itu, juga bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk kekal fokus pada pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan flash card dan buku latihan mengaji. 

Memperbanyakkan pengalaman menjadi guru mengaji (mengajar sambil belajar)
mengajar alquran

Penimbaan pengalaman mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Beana HomeQuran membuka peluang keemasan untuk masyarakat bagi menimba pengalaman menjadi guru Al-Quran.

Beana menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran dan membuka peluang bagi mereka yang ingin menimba pengalaman dalam mengajar sebagai Qutor yang terbaik dan berkemahiran. Rebut peluang untuk bersama dalam kumpulan Qutor terbaik di Beana HomeQuran dengan klik pautan Qutor Beana.    

Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Doa Murah Rezeki Yang Perlu Diamalkan

berdoa

Doa murah rezeki harus diamalkan oleh setiap muslim terutamanya untuk mereka yang mahu berjaya dalam setiap perusahaan yang dibangunkan. Terutamanya bagi mereka yang bergelar usahawan.

Sebenarnya ada satu rahsia yang patut kita amalkan secara konsisten dalam kehidupan. Nak tau apa dia? D.O.A. Sungguh hebat kuasa doa ini .

Banyak doa murah rezeki yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Jom amalkan setiap hari dalam kehidupan kita dengan zikir dan doa harian di bawah:

لَا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

“Ucapkanlah: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ kerana ia adalah diantara khazanah syurga”. [Sahih, al Bukhari] Dan banyak kelebihan yang boleh didapati apabila kita membaca kalimah tersebut.

سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dua kalimah yang ringan ke atas lisan, dicintai oleh al Rahman, dan berat dalam timbangan Mizan:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ” [Sahih, al Bukhari & Muslim]

Baca Surah Al-Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Selawat Ke Atas Nabi

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sentiasa Beristighfar

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيم

Doa Dimurahkan Rezeki

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami Dan semoga kami dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan diberkati-Mu .

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Aamiin!

Khas buat mereka yang mahukan input pembelajaran Al-Quran, Beana HomeQuran ada jawapannya. Beana menyediakan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran hanya melalui kelas atas talian. Boleh klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat!

Dapatkan Produk yang menarik dan dengan HARGA BERPATUTAN di https://beanahomequran.com/produk/ SEKARANG !!!