fbpx
solat sunat subuh

Cara Solat Sunat Subuh Beserta Doa

Cara Solat Sunat Subuh

Anda pernah dengar amalan solat sunat subuh? 

Solat sunat subuh atau boleh juga disebut sebagai solat sunat fajar ini adalah solat sebanyak dua rakaat yang sangat dituntut untuk anda lakukan.

solat sunat subuh

Bilakah Waktu Untuk Tunaikannya?

Waktu untuk menunaikan solat sunat fajar adalah dari bermulanya waktu subuh; iaitu terbit fajar sodiq hingga sebelum terbit matahari.

Jadi, solat sunat ini perlu dilakukan selepas anda mendengar azan yang menandakan masuknya waktu subuh dan sebelum anda menunaikan solat fardhu subuh.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Subuh

Lakukanlah solat sunat subuh ini secara tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.

Mulakan dengan membaca niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الْفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama:

  1. Takbiratul ihram.
  2. Membaca surah Al-Fatihah.
  3. Membaca surah Al-Kafirun:
    … (1) قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ
  4. Kemudian, anda teruskan dengan rukun solat yang seterusnya, iaitu rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud semula kemudian bangun untuk rakaat kedua.

Rakaat kedua:

  1. Membaca surah Al-Fatihah.
  2. Membaca surah Al-Ikhlas.
    … (1) قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
  3. Kemudian anda teruskan dengan rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud semula dan duduk tahiyat akhir serta membaca bacaannya. 
  4. Salam.

Selepas salam, anda boleh membaca doa berikut:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، أَسْأَلُكَ أَنْتَ تُحْيِيَ قَلْبِي بِنُورِ مَعْرِفَتِكَ يَا ٱللّٰهُ يَا ٱللّٰهُ يَا ٱللّٰهُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.

berdoa

Anda digalakkan untuk mengerjakan solat sunat fajar ini. Kerana ia adalah solat sunat yang paling dituntut berbanding solat-solat sunat rawatib yang lain. Pernyataan ini selari dengan sebuah hadith daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar.

Hadith riwayat Bukhari

Banyak kelebihan amalan solat sunat ini. Anda boleh klik link video di bawah untuk ketahui fadhilat solat sunat fajar yang disampaikan oleh Ustaz Jafri Abu Bakar:

Marilah kita sama-sama berusaha mengikuti sunnah Nabi SAW ini dengan niat menjadi penerus dakwah yang dibawa oleh baginda. Biar segala ajaran baginda terus mekar di muka bumi ini. 

Selain itu, kita perlulah juga mengamalkan sunnah yang lain seperti membaca Al-Quran dan mengajarkan ilmunya kepada orang lain.

Anda nak perbaiki bacaan al-quran ?

mengaji al quran

TRIAL KELAS MENGAJI PERCUMA 
===================================

Butiran Trial Kelas :
✅ Cek tahap pembacaan al-quran dan hukum tajwid
✅ Cek makhraj huruf dan sebutan huruf
✅ Semakan bacaan surah-surah lazim

Jom cek bacaan al-quran anda secara online. Semoga dengan kelas trial online ini, anda dapat kenalpasti kesalahan hukum tajwid dan bacaan surah-surah lazim 🤎

Berminat dengan Trial Kelas Online Percuma ? Puan/tuan boleh tekan di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline

atau hubungi kami di 011-70073859