fbpx
al quran online

Bolehkah Belajar Membaca Al-Quran Online?

Bolehkah Belajar Al-Quran Online?

al quran online

Belajar membaca Al-Quran pada zaman sekarang tak sama seperti zaman dahulu. Kalau dahulu, kita harus pergi ke rumah guru mengaji, duduk di hadapannya kemudian barulah boleh mula belajar.

Tapi sekarang, pada era dunia digital ini, segalanya boleh anda selesaikan melalui hujung jari. 

Termasuk belajar membaca Al-Quran?

Ya, benar.

Bagaimana nak belajar Al-Quran hanya dengan hujung jari?

Antaranya melalui penggunaan medium yang mengandungi ilmu yang pelbagai seperti YouTube. Anda hanya perlu search kata kunci: pembelajaran Al-Quran dan boom! macam-macam jenis pembelajaran atau tips membaca Al-Quran boleh dijumpai.  

Walaupun begitu, bagi anda yang masih merangkak dalam menemui teknik pembacaan Al-Quran yang betul, anda perlu menggunakan kaedah talaqqi musyafahah untuk belajar membaca Al-Quran.

Apa tu Talaqqi Musyafahah?

belajar alquran

Talaqqi musyafahah adalah suatu teknik pembelajaran Al-Quran secara berhadapan dengan guru yang mahir dalam ilmu Al-Quran. Iaitu dengan cara perdengarkan bacaan Al-Quran dari mulut ke mulut. Ia adalah kaedah yang berkesan untuk mempelajari Al-Quran kerana guru boleh menegur secara langsung jika ada sebutan huruf anda yang tak tepat.

Begitu juga bagi mereka yang sudah mahir membaca Al-Quran, lebih baik sekiranya anda berguru bersama mereka yang mahir dalam bidangnya agar ilmu Al-Quran yang dipelajari itu diyakini kesahihannya.

belajar mengaji

Pembelajaran Al-Quran memerlukan praktikal dan pembetulan bacaan. Malah, ia perlu dilakukan berulang kali agar dapat dibiasakan bacaan yang betul di bawah ajaran guru yang mahir dalam bidang Al-Quran. 

Dengan kemudahan teknologi pada zaman ini, anda boleh mempelajari Al-Quran melalui platform atas talian seperti melalui Zoom, Skype atau Whatsapp yang membolehkan anda bersemuka dengan guru.

Apakah hukum belajar Al-Quran online?

Hukum mengajar dan belajar Al-Quran online adalah harus kerana penggunaan kemudahan teknologi untuk memberi pengajaran dan pemahaman Al-Quran kepada masyarakat adalah satu usaha yang murni. Orang yang menyebarkan ilmu Al-Quran adalah termasuk orang yang memberi manfaat. Semua orang Islam sangat digalakkan untuk mempelajari dan mengajar ilmu Al-Quran. Ini selari dengan hadith yang diriwayatkan oleh Uthman RA daripada Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: Orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.

Riwayat Al-Bukhari

Jika anda ingin belajar Al-Quran, Beana HomeQuran sedia membantu. Anda boleh saja klik link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. Semoga bermanfaat ya!