fbpx
bacaan doa iftitah

Doa Iftitah Dalam Solat Dan Manfaatnya

Doa Iftitah Dalam Solat Dan Manfaatnya

Membaca doa iftitah adalah salah satu bacaan sunat dalam solat. Doa ini dibaca selepas anda mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama solat.

bacaan doa iftitah

Walaupun hukum membacanya adalah sunat, membaca doa iftitah dalam solat adalah perkara yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan satu bentuk pujian dan sanjungan untuk mengagung-agungkan Allah. 

Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk membaca doa ini sebagai pembuka solat dengan mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah.

Terdapat beberapa versi doa iftitah. Berikut merupakan versi yang selalu dibaca dan diamalkan dalam kalangan umat Islam di Malaysia:

اللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: 

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

berdoa

Jika anda hayati dan fahami maksud di sebalik doa iftitah ini, ia menunjukkan betapa kerdilnya kita sebagai seorang manusia. Doa ini penuh dengan unsur penghambaan diri kepada Allah.

Apa keutamaan membaca doa iftitah ini?

Mendapat pahala amalan sunnah

Meninggalkan bacaan doa iftitah tidaklah membatalkan solat kerana ia adalah bacaan sunat dalam solat. Namun ia sangat dituntut oleh Rasulullah SAW untuk dilakukan.

Sebagai usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah

Lafaz doa iftitah penuh dengan pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba. Ia mengandungi permohonan keampunan, permintaan kesejahteraan dan perlindungan kepada Allah.

Lafaz doa ini juga menunjukkan bahawa kita sebagai manusia tidak akan pernah luput dari dosa dan akan sentiasa bergantung kepada belas kasih sayangNya dalam setiap urusan yang kita lakukan. 

Walaupun bacaan doa ini hanya perkara sunat dalam solat, jangan sesekali anda membaca doa ini dengan sambil lewa.

Ingat! Kesilapan panjang pendek bacaan boleh mengubah makna sesebuah ayat.

Walaupun anda sudah biasa membacanya dalam solat sekalipun, mungkin masih ada kesilapan tajwid yang anda lakukan tanpa anda sedar. 

Anda boleh klik video di bawah untuk perdengarkan bacaan doa iftitah yang betul:

Jika anda ingin mempelajari Al-Quran, Beana HomeQuran sedia membantu. Anda boleh saja klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan perkongsian ringkas ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda. Semoga Allah meredhai segala usaha kita untuk memperbaiki diri kita menuju ke arah lebih baik. Wallahua’lam.

kelas solat

Jom tambahkan ilmu pengetahuan anda tentang solat bersama guru yang bertauliah! Hanya tinggal sikit sahaja lagi kekosongan!

Klik laju-laju saya nak belajar solat! untuk mendaftar sementara masih ada kekosongan buat anda.

Anda boleh Whatsapp kami jika ada sebarang soalan. In shaa Allah, kami sedia membantu!