fbpx
rukun solat

13 Rukun Solat Dan Pembahagiannya

Memahami Pembahagian 13 Rukun Solat

Selalu dengar orang sebut; penting untuk kita hadam betul-betul rukun solat! Jangan ambil ringan! Apa dia rukun solat ni sebenarnya?

Rukun solat adalah suatu bacaan dan perbuatan tertentu yang diwajibkan untuk anda bacakan dan lakukan ketika bersolat.

rukun solat

Sebagai seorang muslim, anda wajib mengambil berat soal rukun solat ini. Tapi, hakikatnya ramai antara kita masih keliru tentang ini.

Ibadah solat mempunyai 13 rukun semuanya. Berdasarkan artikel Al Kafi li Al-Fatawi daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, rukun-rukun itu terbahagi kepada 4 bahagian. Iaitu, rukun qalbi, fi’li, qauli dan maknawi.

Rukun maknawi hanya ada satu, iaitu:

1. Tertib

Rukun qalbi adalah perkara yang perlu dilakukan dalam hati:

1. Niat

Rukun fi’li pula adalah perkara yang melibatkan pergerakan dan perbuatan. 6 rukun fi’li termasuklah:

1. Berdiri betul

2. Rukuk

3. Iktidal

4. Sujud

5. Duduk antara dua sujud

duduk antara dua sujud

6. Duduk tahiyat akhir

Rukun qauli pula bermaksud perkara yang berasaskan bacaan atau sebutan dalam solat yang wajib didengari oleh telinga sendiri. Ada 5 perkara:

1. Takbiratul ihram

2. Surah Al-Fatihah

3. Tahiyat akhir

4. Selawat Nabi dalam tahiyat akhir

5. Lafaz salam 

Ramai orang membuat kesilapan dalam melaksanakan rukun qauli ini. Ingat! Bacaan rukun qauli perlu disebut dan dizahirkan ketika anda bersolat sehingga dapat didengari oleh telinga sendiri.

Sekiranya ada satu huruf tertinggal pun, anda wajib mengulang bacaan tersebut. Jika tidak, tak sahlah ibadah solat seseorang itu. 

Syarat sah rukun qauli pula menetapkan kewajipan untuk kita membaca setiap ayat dengan makhraj yang tepat, meneliti tasydid dan menjaga bacaan agar tidak terputus di pertengahan ayat atau kalimah.

Antara kekeliruan yang berkait dengan rukun qauli ini adalah seberapa kuat kadar bacaan yang diperlukan? Anda boleh klik video di bawah untuk perdengarkan penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus:  

Semoga perkongsian ringkas ini boleh memberi manfaat buat anda sedikit sebanyak. Jika ada kesilapan yang anda lakukan sebelum ini, jangan risau, inilah masanya untuk perbetulkan.

Walaupun anda sudah maklum dan hadam rukun-rukun ini, tiada salahnya jika anda memeriksa semula cara anda mengerjakan solat. Jangan sesekali kita memandang ringan bab ibadah solat ini. Sia-sia saja gigih bersolat pagi, petang, malam tapi tak sah. Sebab apa? Rukunnya tidak dijaga.

Jadi, jom sama-sama perbaiki diri kita dengan harapan dapat meraih kasih sayang Allah. Jika anda ingin memperbaiki bacaan Al-Quran, anda dialu-alukan ke Beana HomeQuran. Atau anda boleh saja klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. 

baca alquran

Semoga Allah mempermudahkan dan meredhai segala usaha kita untuk memperbaiki ibadah kita. Wallahua’lam

kelas solat

Anda bertuah hari ini! Jom sama-sama kita mantapkan pengetahuan tentang solat bersama guru yang bertauliah! Tinggal sikit 8 sahaja lagi kekosongan.

Klik laju-laju saya nak belajar solat untuk daftarkan nama anda selagi kekosongan masih ada!

Anda boleh whatsapp saja kami untuk menanyakan sebarang soalan. In shaa Allah, kami sedia membantu!