Setiap kali selepas menunaikan solat, lebih sopan jika anda duduk sebentar untuk berwirid dan memanjatkan doa kepada Allah.
Sebelum memanjatkan doa, anda digalakkan untuk berwirid terlebih dahulu.
Kenapa?
Analoginya mudah. Contoh, anda ingin meminta sesuatu daripada orang kaya.
Anda datang menemuinya dan terus meminta apa yang anda mahukan daripada beliau.
Atau,
Anda boleh mulakan dengan memuji kelebihan dan kemurahan diri beliau.
Kebarangkalian untuk anda dapatkan sesuatu yang anda minta adalah lebih besar dalam situasi yang kedua.
Begitu juga dengan keadaan kita sebagai hamba Allah. Ambillah masa anda untuk memuji keesaan, kemurahan dan kekuasaan Allah. Lagipun, memuji-muji Allah adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Beroleh pahala lagi. Ruginya jika anda tinggalkan!