fbpx
ibu bapa

Lafaz Doa Untuk Ibu Bapa Yang Betul

Lafaz Doa Untuk Ibu Bapa

Seberapa kerapkah anda berdoa buat kedua ibu bapa anda? Ibu bapa adalah insan teristimewa yang Allah pinjamkan kepada kita. 

ibu bapa

Tanpa ibu bapa, siapalah kita.

Mereka adalah insan yang paling banyak berkorban dalam hidup anda. Usaha si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan dan diiring bersama dengan tanggungjawab si bapa untuk menjaga, mendidik dan membesarkan anda, tidak terkira nilainya. 

Oleh sebab itu, kedudukan sebagai ibu bapa ditinggikan di sisi Islam. Maka, anda sangat digalakkan untuk menghadiahkan untaian doa buat mereka kerana jasa yang telah mereka tabur cukup besar.

Lagipun, doa seorang anak kepada kedua ibu bapa adalah amalan pahala yang tidak akan terputus walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia.  

Berikut merupakan antara doa buat kedua ibu bapa yang boleh anda temui dalam Al-Quran dan sekaligus boleh anda amalkan: 

وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا …

Maksudnya: …Katakanlah: Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua, sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.

(Surah Al-Isra’: 24)

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Maksudnya: Wahai Tuhan Kami, berikanlah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

(Surah Ibrahim: 41)

berdoa

Walaupun begitu, anda perlu melafazkan doa mengikut kepada siapa doa itu ingin ditujukan. Jika anda seorang diri ingin mendoakan buat kedua ibu bapa sendiri, anda boleh membaca lafaz berikut: 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil. 

Jika anda membaca doa selepas menjadi imam solat, anda perlu melafazkan doa buat makmum dan kedua ibu bapa mereka sekali. Jadi, lafaznya begini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.

Anda boleh klik video di bawah untuk perdengarkan bacaan doa untuk ibu bapa dalam bentuk alunan lagu untuk mudahkan hafalan:

Semoga dengan penulisan ringkas ini boleh memberi sedikit sebanyak manfaat buat anda. Jangan rasa serik untuk belajar. Jadikan belajar satu proses sepanjang waktu selagi anda masih bernyawa. Semoga Allah redha. 

Anda nak perbaiki bacaan al-quran ?

mengaji al quran

TRIAL KELAS MENGAJI PERCUMA 
===================================

Butiran Trial Kelas :
✅ Cek tahap pembacaan al-quran dan hukum tajwid
✅ Cek makhraj huruf dan sebutan huruf
✅ Semakan bacaan surah-surah lazim

Jom cek bacaan al-quran anda secara online. Semoga dengan kelas trial online ini, anda dapat kenalpasti kesalahan hukum tajwid dan bacaan surah-surah lazim 🤎

Berminat dengan Trial Kelas Online Percuma ? Puan/tuan boleh tekan di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline

atau hubungi kami di 011-70073859