fbpx
solat tahajud

Panduan Solat Tahajud Secara Ringkas Beserta Doa

Panduan Solat Tahajud Ringkas Beserta Doa

Solat tahajud adalah antara solat malam yang afdhal untuk anda lakukan.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Solat yang paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat di tengah malam.

Hadis riwayat Muslim

solat malam

Hukum menunaikan solat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu sangat digalakkan untuk anda amalkan.

Sebelum anda ketahui cara-cara melakukan solat tahajud dengan lebih terperinci, anda perlu tahu syarat melakukan solat tahajud. Panduan yang akan saya kongsikan ini diambil daripada sumber e-book Panduan Qiamullail daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di mana, anda juga boleh download secara percuma di sini.

Syarat Solat Tahajud
  1. Dilakukan selepas waktu isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu 1/3 malam (dalam lingkungan jam 3 pagi) hingga sebelum terbit fajar.
  2. Ditunaikan selepas bangun daripada tidur. Walaupun hanya tidur sebentar, sudah memadai.
  3. Dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat secara bersendirian.

Tujuan ia dilakukan pada tengah malam adalah untuk mendapatkan waktu sunyi tanpa kesibukan urusan ahli dunia. Jadi, anda berpeluang untuk bermunajat sekhusyuknya kepada Allah. 

Anda boleh set jam dalam pukul 3 pagi untuk bangun menunaikan solat tahajud. Perkara paling penting, niatkan dalam hati untuk bangun melakukan solat tahajud kerana Allah. 

Cara Mengerjakan Solat Tahajud:

Berdiri betul dan menghadap qiblat. Membaca lafaz niat solat: 

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.

Kemudian, mengangkat takbiratul ihram dan membaca surah Al-Fatihah.

Bacaan surah dalam solat tahajud tidak ditentukan secara khusus. Jadi, anda boleh membaca apa-apa surah yang anda inginkan.

Berikut adalah cadangan surah yang boleh dibacakan:

Untuk rakaat pertama, anda boleh membaca Surah Al-Kafirun selepas membaca Surah Al-Fatihah.

 … (1) قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ

Manakala untuk rakaat kedua, anda boleh membaca Surah Al-Ikhlas selepas membaca Surah Al-Fatihah.

  … (1) قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Setelah selesai membaca tahiyat akhir dan memberi salam, anda hendaklah membaca doa berikut:

berdoa
اَللَّهُمَّ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمٰواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمٰواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمٰواتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ ﷺحَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ. اَللَّهُمَ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ أَمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبٍكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ المُقَدَّمُ وَأَنْتَ المُؤَخَّرُ لَا إِلٰه إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya:

Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Tak semua orang mampu melakukan solat tahajud ini walaupun mereka tahu betapa besar manfaatnya. Ayuhlah kita sama-sama menanam niat dan berusaha untuk bangun bertahajud.

solat tahajud

Curi sekejap masa tidur anda untuk bangun bersunyi-sunyi dengan Allah dan memanjatkan doa dengan penuh keikhlasan. Merayulah dan berceritalah segala perkara kepadaNya. Fahami makna setiap bait doa di atas untuk dapatkan lebih penghayatan dalam diri anda. Moga beban yang sering dipendam mampu terlepas daripada terus mencengkam jiwa. Sekaligus dapat melapangkan dada anda. Yakinlah, doa itu merupakan senjata bagi orang Islam.

Semoga penulisan ringkas ini dapat membawa manfaat buat anda. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmatNya itu luas.

Jika anda ingin belajar membaca Al-Quran, Beana HomeQuran sedia membantu. Anda boleh saja klik saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. 

kelas solat

Jom tambahkan ilmu pengetahuan tentang solat bersama guru yang bertauliah! Tinggal sedikit sahaja lagi kuota kosong.

Klik laju-laju saya nak belajar solat untuk mendaftar nama anda sementara masih ada!

Anda boleh saja whatsapp kami untuk sebarang persoalan. In shaa Allah, kami sedia membantu.