fbpx
selawat nabi

Jenis Selawat Nabi Yang Boleh Anda Amalkan

Jenis Selawat Nabi Yang Boleh Anda Amalkan

Selawat Nabi merupakan salah satu amalan yang disyariatkan oleh agama Islam untuk dilakukan.

Tahukah anda?

Ada beberapa jenis selawat ke atas nabi yang boleh anda amalkan.

selawat nabi

Maksud selawat berbeza mengikut siapa yang berselawat. Jika selawat daripada Allah bermaksud pujianNya di sisi para malaikat yang tinggi.

Selawat malaikat pula bermaksud doa tambahan untuk gandaan pahala.

Manakala selawat manusia yang beriman pula adalah satu bentuk doa untuk memohon limpahan rahmat, kemuliaan, kehormatan dan pujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad SAW.

Jenis-jenis Selawat Yang Boleh Anda Amalkan

Berikut adalah antara selawat yang digalakkan untuk anda amalkan:

Selawat Ibrahimiyah

Ia adalah selawat yang dibaca setiap kali anda menunaikan solat. Selawat ibrahimiyah dibaca ketika anda duduk tahiyat akhir. Dalam selawat ini, dihimpunkan penghormatan buat dua orang Nabi.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ

وبَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ

فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ

Selawat Munjiyat

Anda mesti pernah dengar selawat ini di mana-mana. Ini kerana selawat munjiyat adalah antara selawat yang paling biasa diamalkan masyarakat Melayu Islam. Seperti pada majlis tahlil dan bacaan surah Yasin. Selain itu, ia juga sering dibaca tiap kali seusai solat fardhu.

Selawat munjiyat ini penuh dengan permohonan pertolongan kepada Allah. Jika anda amalkan selawat ini, in shaa Allah anda dijauhkan daripada perkara yang tidak diiingini daripada berlaku.

اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ

 وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ

وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ

وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ

وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

Selawat Syifa'

Selawat syifa’ sering dibaca dengan tujuan untuk memohon kesihatan diri, mahupun daripada kesihatan fizikal dan spiritual. Anda juga boleh amalkan selawat ini bagi memohon kesembuhan daripada sebarang penyakit.

Selain berusaha dari segi mendapatkan rawatan medikal, anda perlu yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa untuk mengangkat segala penyakit yang wujud di dunia ini.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئهَا

وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا

وَنُوْرِ الْأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا

وَعَلَى آلِهِ وَصحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Selawat Tafrijiyah

Anda boleh mengamalkan selawat ini apabila anda mempunyai sesuatu hajat atau permintaan. Tak kisahlah sama ada permintaan besar atau kecil sekalipun. Atau ketika anda dibebani masalah yang tak tertanggung beban di bahu.

Jadikanlah selawat ini sebagai amalan harian. Dengan izin Allah, akan diberi kemudahan jalan penyelesaian dan kelapangan buat anda.

أللّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ

الذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ

وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ

وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ

بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Walaupun begitu, anda boleh juga mengamalkan selawat yang yang paling ringkas. Seperti lafaz: Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, wa‘ala Aali Muhammad.

Jadikan ini sebagai ilmu pengetahuan tambahan buat anda. Yang penting, jangan pernah anda tinggal selawat ke atas Nabi walaupun sehari. Banyak khasiatnya daripada amalan selawat ini.

Semoga penulisan ringkas ini boleh membawa manfaat kepada anda. Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW. 

Melalui selawat, ia mampu membantu kita untuk menerima syafaat baginda di akhirat kelak. Dalam pada masa yang sama boleh membantu kita semakin rapat dengan dakapan kasih sayang dan rahmat Allah.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah seperti tunaikan solat malam dan membaca Al-Quran dengan tartil.

guru alquran

Anda nak perbaiki bacaan Al-Quran ?

mengaji online

✨KELAS MENGAJI ONLINE BEANAHOMEQURAN✨
===================================

Jika anda ingin perbaiki bacaan dari segi tajwid & makraj huruf
Kami boleh bantu anda dengan kelas mengaji online
.
Kenapa anda perlu grab KELAS MENGAJI ONLINE ??

✅ Terbuka kepada Kanak-Kanak, Remaja & Dewasa
✅ Tenaga pengajar berpengalaman luas dalam bidang Al-Quran
✅ Kelas secara one to one antara pelajar dan ustaz/ustazah
✅ Pembelajaran Al-Quran seperti hukum hakam tajwid, makhraj huruf, hafazan dan Fardhu Ain.
✅ Ustaz/Ustazah akan membimbing pelajar sehingga pandai mengaji

Jom daftar sekarang ✨

Pendaftaran pelajar baru dibuka
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut
http://www.wasap.my/601170073859/kelasmengaji