Seperti amalan bersedekah. Tetapi, bersedekah tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Kita memberi sebungkus roti untuk orang lain makan, dikira sedekah. Kita mengutip dan membuang sampah ke tempat sepatutnya, dikira sedekah. Atau kita melemparkan senyuman kepada orang lain, itu pun dikira sedekah. Asalkan, niat ditetapkan kerana Allah. Tiada niat lain.