fbpx
waktu haram solat

Waktu Haram Solat Yang Perlu Anda Tahu!

Waktu-Waktu Yang Diharamkan Solat

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, ibadah solat lima waktu sehari semalam wajib untuk anda lunaskan.

Malah, lebih baik dan sangat digalakkan untuk anda melakukan solat-solat sunat sebagai amalan tambahan untuk menutup ketidaksempurnaan solat fardhu yang anda lakukan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa waktu yang tertentu yang diharamkan untuk anda lakukan ibadah solat. 

waktu haram solat

Terdapat lima waktu yang diharamkan untuk bersolat, iaitu:

  1. Selepas menunaikan solat Subuh sehingga terbit matahari.
  2. Ketika matahari terbit sehingga ia meninggi dengan kadar setombak: iaitu lebih kurang 4 darjah (12-15 minit selepas terbit matahari)
  3. Semasa matahari berada tegak di atas kepala dan sehingga gelincir matahari: kecuali pada hari Jumaat.
  4. Selepas menunaikan solat fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
  5. Ketika timbul rona kekuningan atau kemerah-merahan di kaki langit sehingga matahari terbenam sepenuhnya.
sunset

Walaupun begitu, anda jangan salah faham. Tidak semua jenis solat adalah ditegah untuk dilakukan pada waktu tersebut. Jenis solat yang haram untuk anda lakukan pada waktu-waktu tersebut adalah: 

1. Solat yang tiada keperluan untuk dilakukan pada waktu itu, seperti solat sunat mutlak; contohnya solat sunat tasbih dan lain-lain solat yang tiada waktu yang khusus untuk dilakukan.

2. Solat-solat sunat yang mempunyai sebab yang terkemudian (sabab mutaakhir), seperti solat sunat istikharah, solat sunat ihram dan sebagainya. 

Manakala, jenis solat yang dibolehkan (harus) untuk anda lakukan pada waktu tersebut adalah:

1. Solat yang dilakukan mempunyai sebab yang terdahulu (sabab mutaqaddim), seperti solat qadha’, solat jenazah, solat nazar, solat tahiyyatul masjid dan lain-lain.

2. Solat yang sebab dilakukannya bersamaan atau seiringan dengan waktu itu seperti solat kusuf (gerhana).

Kesemua lima waktu haram solat ini dikecualikan bagi mereka yang berada di Tanah Haram, Makkah Al-Mukarramah. 

Ramai antara kita yang masih tidak sepenuhnya memahami soal waktu haram solat ini. Sebaiknya jika ada kemusykilan, anda ajukan kepada yang ahlinya.  

Anda boleh klik video di bawah untuk mengetahui hikmah kepada pengharaman solat yang disampaikan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri:

mengaji alquran

Semoga dengan perkongsian ringkas ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat buat anda.

Wallahua’lam.

Anda nak perbaiki bacaan al-quran ?

mengaji al quran

TRIAL KELAS MENGAJI PERCUMA 
===================================

Butiran Trial Kelas :
✅ Cek tahap pembacaan al-quran dan hukum tajwid
✅ Cek makhraj huruf dan sebutan huruf
✅ Semakan bacaan surah-surah lazim

Jom cek bacaan al-quran anda secara online. Semoga dengan kelas trial online ini, anda dapat kenalpasti kesalahan hukum tajwid dan bacaan surah-surah lazim 🤎

Berminat dengan Trial Kelas Online Percuma ? Puan/tuan boleh tekan di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline

atau hubungi kami di 011-70073859