fbpx
wudhu

4 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

4 Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Solat merupakan ibadah yang sangat diutamakan dalam Islam. Walaupun begitu, ada perkara yang lebih penting yang perlu anda titikberatkan sebelum solat. Apa dia?

Wudhu.

Sebelum anda mendirikan solat, anda perlu memastikan diri anda suci daripada hadas dan kotoran. Bagi menyucikan diri daripada hadas besar, anda perlu melakukan mandi hadas. Manakala untuk hadas kecil pula, anda perlu mengambil wudhu dengan sempurna.

wudhu

Seberapa lama wudhu yang anda ambil boleh dikekalkan? Ada beberapa perkara yang membatalkan wudhu yang perlu anda ketahui! Tak banyak pun, ada 4 perkara sahaja. Jom pelajari bersama!

Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur

Sesuatu yang keluar daripada dua kemaluan itu meliputi pepejal seperti tahi, angin seperti kentut dan cecair seperti kencing, air wazi, air wadi, darah, nanah dan sebagainya. Sama ada sedikit atau banyak keluarnya, wudhu anda tetap terbatal. Anda perlu mengambil wudhu semula.

Tetapi, jika yang keluar itu adalah air mani, anda tidak boleh hanya bersuci dengan wudhu. Anda diwajibkan untuk melakukan mandi hadas besar terlebih dahulu.

Jika ada sesuatu yang keluar selain daripada dua jalan ini, seperti darah keluar daripada hidung atau air keluar daripada telinga, ia tidak membatalkan wudhu anda. 

Hilang akal

Apa yang dimaksudkan dengan hilang akal di sini adalah kehilangan kesedaran.

Contohnya, seseorang yang berada dalam keadaan mabuk, pengsan, pitam, gila dan tidur. Kecuali, tidur dalam keadaan duduk yang tetap punggungnya di atas tempat duduk. Ini kerana apabila anda duduk, kedua-dua papan punggung dalam keadaan rapat dengan tempat duduk. Ini menyebabkan tiada angin yang boleh melalui laluan itu untuk keluar. 

Sama ada anda hilang akal sebentar atau dalam tempoh yang lama, wudhu anda tetap terbatal.

Bersentuh kulit dengan ajnabi

Apakah yang dimaksudkan dengan ajnabi?

Maksudnya adalah orang yang boleh anda kahwini. Jika anda tersentuh mereka yang ajnabi tanpa ada sesuatu yang melapik kulit anda, maka terbatallah wudhu.

Jika anda bersentuhan sesama mahram, tidak batal wudhu anda. Mahram adalah orang yang diharamkan untuk anda kahwini, seperti orang yang sama jantina. Walaupun anda bersentuhan dengan sesama jantina yang berlainan agama sekalipun, ia tetap tidak membatalkan wudhu anda.

Jika anda mempunyai kekeliruan tentang siapa mahram dan yang bukan mahram anda, anda boleh klik video di bawah untuk mengetahui info lebih lanjut. 

Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan

Jika anda menyentuh qubul dan dubur dengan perut tapak tangan dan perut anak jari dengan keadaan tidak berlapik, maka batallah wudhu anda.

Sama ada yang disentuh itu adalah kemaluan sendiri atau kepunyaan orang lain, sama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang dewasa, yang hidup atau yang mati. Anda tetap perlu untuk berwudhu semula.

Harapnya perkongsian ini mampu memberi manfaat buat anda sedikit sebanyak. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang pelaksanaan wudhu atau solat, bertanyalah pada yang ahlinya.

mengaji alquran

Anda dialu-alukan ke Beana HomeQuran untuk menambahbaik ilmu Al-Quran melalui sesi pembelajaran bersama para guru bertauliah. Atau anda boleh saja klik link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. Jangan ragu-ragu untuk chatting dengan kami jika anda ada sebarang pertanyaan!

Semoga Allah meredhai usaha kita untuk menjadi lebih baik.

Wallahua’lam.

Anda nak perbaiki bacaan al-quran ?

TRIAL KELAS MENGAJI PERCUMA 
===================================

Butiran Trial Kelas :
✅ Cek tahap pembacaan al-quran dan hukum tajwid
✅ Cek makhraj huruf dan sebutan huruf
✅ Semakan bacaan surah-surah lazim

Jom cek bacaan al-quran anda secara online. Semoga dengan kelas trial online ini, anda dapat kenalpasti kesalahan hukum tajwid dan bacaan surah-surah lazim 🤎

Berminat dengan Trial Kelas Online Percuma ? Puan/tuan boleh tekan di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline
http://www.wasap.my/601170073859/trialmengajionline

atau hubungi kami di 011-70073859