fbpx
bangun pagi

Solat Subuh: 5 Tips Bangun Awal

Tips Bangun Awal Untuk Solat Subuh

Solat Subuh anda bagaimana? Selalu Subuh gajah? Anda sendiri buntu tak tahu nak buat bagaimana lagi untuk biasakan diri bangun awal. 

bangun pagi

Kesukaran untuk bangun pagi ni sebenarnya bukan sesuatu yang asing. Ramai orang di luar sana menghadapi masalah yang sama.

Ada yang merungut kata tak dengar bunyi jam penggera, ada juga yang kata walau seberapa lama sekalipun mereka tidur, tetap akan berasa mengantuk keesokan paginya. 

Ini ada 5 tips yang mungkin boleh membantu anda untuk bangun awal pagi. Dan untuk pastikan tiada lagi Subuh gajah! Kita perlu usaha untuk perbetulkan yang salah. Pastikan baca sampai habis ya!

Tidur Awal

Pastikan anda tidur sebelum jam 12 malam. Untuk bangun awal, anda perlulah tidur awal juga. Jangan sesekali melengahkan masa untuk tidur.

Anda boleh set kan penggera untuk waktu tidur pada pukul 10 malam pada setiap hari. Biar anda tak terlajak waktu untuk tidur.

Kurangkan Melihat Gadget
gadget

Pastikan anda berhenti melihat skrin alatan elektronik, termasuk televisyen, laptop dan telefon bimbit. Anda perlu mengurangkan melihat alatan elektronik sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur. 

Kenapa?

Kerana gelombang cahaya biru daripada skrin alatan elektronik akan mengganggu penghasilan melatonin. Melatonin adalah sejenis hormon dalam tubuh badan yang memberi arahan pada otak bahawa sudah tiba masa untuk tidur. 

Sentiasa Konsisten

Jika anda boleh bangun awal pagi pada hari bekerja, pastikan anda konsisten untuk bangun awal pagi walaupun pada hari hujung minggu.

Sia-sia sahaja usaha anda memaksa diri untuk bangun awal pada hari bekerja, tapi tiba saja hujung minggu, rutin itu dirosakkan. 

Apabila tiba pagi Isnin, anda menghadapi kesukaran yang sama, iaitu untuk memaksa diri untuk bangkit dari katil pada awal pagi.

Tidak Melakukan Perubahan Drastik

Jangan terburu-buru. Ambil masa anda untuk melakukan perubahan jadual tidur dan bangun anda. Kerana perubahan yang drastik tidak akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Sistem tubuh badan anda takkan mampu diubah hanya dalam masa satu malam.

Mungkin anda boleh mulakan dengan tetapkan jam penggera untuk bangun 10 minit lebih awal daripada biasa. Dalam masa sebulan, in shaa Allah anda mampu mengekalkan momentum itu. Anda perlukan momentum dalam proses pembinaan rutin harian.

Amalkan Rutin Sebelum Tidur

Setiap malam sebelum tidur, anda boleh mulakan dengan memberus gigi, menukar pakaian tidur dan membaca surah-surah pendek dan doa sebelum tidur. 

Daripada Aisyah RA yang bermaksud: 

Sesungguhnya Nabi SAW jika baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu baginda membaca: Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu birabbil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

Riwayat Al-Bukhari

Jadi, anda boleh amalkan membaca surah 3 qul dan tiup pada tapak tangan sebelum menyapu pada seluruh anggota badan. Serta jangan lupa untuk membaca doa sebelum tidur: 

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوتُ

Maksudnya: Dengan nama-Mu, ya Allah, aku hidup dan aku mati.

Melalui rutin yang anda lakukan pada setiap malam, ia akan memberi signal kepada otak untuk mengenalpasti waktu tersebut adalah waktu untuk badan anda rehat dan tidur.  

Untuk mendapatkan pembelajaran Al-Quran, Beana HomeQuran ada menyediakan perkhidmatan khas untuk anda. Klik saja link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut. 

mengaji alquran

Semoga amalan tips ringkas ini mampu melatih diri anda untuk bangun menunaikan solat subuh pada waktunya. Lagipun, banyak manfaatnya bangun awal pagi ni.

Jika anda temukan ia berguna, sila kongsikan tips ringkas ini kepada yang lain ya! Semoga Allah redha.  

kelas solat

Jom kita sama-sama tambahkan ilmu pengetahuan tentang solat bersama guru yang bertauliah! Hanya tinggal sikit sahaja lagi kekosongan untuk diisi!

Anda boleh klik laju-laju saya nak belajar solat! untuk mendaftar dengan kami sementara masih ada kekosongan!

Anda boleh saja Whatsapp kami jika ada sebarang soalan. In shaa Allah, kami sedia membantu!