fbpx
doa selepas azan

Perlukah Membaca Doa Selepas Azan?

Kepentingan Membaca Doa Selepas Azan

Tuntutan untuk membaca doa selepas azan telah diajarkan oleh ibu bapa sejak anda kecil lagi. Malah, doa ini sering dimainkan di kaca-kaca televisyen atau corong radio. Hingga anda mampu menghafal tanpa sedar kerana sering mendengar doa ini. Apa pentingnya membaca doa selepas azan ni sebenarnya?

doa selepas azan

Doa selepas azan sangat digalakkan untuk anda baca kerana besar manfaatnya. Walaupun doanya hanya ringkas, namun besar nilainya untuk anda. Sebagaimana telah ditetapkan dalam sebuah hadith Nabi SAW yang didengar oleh Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa: Ya Allah, wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

Sahih Bukhari

Ternyata Rasulullah SAW telah menjanjikan syafaat buat anda yang mengamalkan doa selepas azan. 

doa lepas azan

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَالشَّرَفَ وَالدَّرَجَةَ الْعَالِيَةَ الرَّفِيْعَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَه اِنَّكَ لاَتُخْلِفُ الْمِيْعَادَ

Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad serta kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Apa pentingnya syafaat Rasulullah SAW untuk kita?

Syafaat bermaksud perantaraan atau pertolongan antara seseorang kepada orang lain, dengan usaha untuk mendapatkan maslahat atau menolak mudharat. Dengan izin Allah, Nabi Muhammad SAW telah diberi keistimewaan untuk memberi syafaat kepada umatnya ketika hari Kiamat nanti.

Melalui tuntutan mengamalkan doa selepas azan ini, Rasulullah SAW sebenarnya telah memberi kemudahan untuk kita; umat baginda bagi memperolehi syafaat baginda pada hari akhirat kelak.

Sedangkan anda tahu, walaupun tanpa doa daripada anda untuk menganugerahkan kedudukan yang mulia buat Rasulullah SAW, kedudukan baginda sebagai kekasih Allah takkan berubah sedikit pun. Tempatnya akan sentiasa berada di sisi Allah. 

Jadi, amalan bacaan doa selepas azan ini sebenarnya peluang untuk kita terus berusaha bagi mendapatkan syafaat Rasulullah SAW ketika detik sukar pada hari akhirat kelak.

Alangkah ruginya anda jika doa ini dibiar tidak diamal! 

Selain itu, sebagai usaha untuk mendapatkan syafaat Rasulullah SAW, anda perlu perbanyakkan amalan sunnah baginda. Contohnya, banyakkan solat malam, bersedekah dan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu mengikut hukum tajwid dan makhraj huruf yang betul.

mengaji alquran

Beana HomeQuran menyediakan kelas perkhidmatan pembelajaran Al-Quran bersama guru-guru bertauliah. Klik saja link saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga penulisan ringkas ini mampu memberi manfaat buat anda. Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi ilmu ini kepada orang lain. Kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi dan menyebarkan manfaat kepada orang lain. Semoga Allah redha.

Comments are closed.