fbpx
ustazah

Kelebihan Kelas Mengaji Beana Quran Center

Kelebihan Kelas Mengaji Beana Quran Center

Pendidikan Al-Quran amat penting untuk didedahkan kepada anak-anak. Kita hendaklah mendidik anak-anak untuk belajar mengaji dari kecil supaya mereka akan sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran. Kini, terdapat banyak kelas mengaji yang telah disediakan mengikut keselesaan masing-masing seperti Kelas Online, Home to Home dan Pusat Al-Quran. Dengan kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan oleh kelas-kelas berikut,  ianya dapat membantu ibubapa dalam mendidik anak-anak untuk belajar mengaji.

Beana Home Quran merupakan kelas mengaji yang menyediakan Pusat Al-Quran di Kota Damansara bagi mengajar dan mendidik anak-anak. Terdapat banyak kelebihan yang disediakan di Beana Quran Center bagi memudahkan ibubapa dalam memastikan anak-anak mendapat belajar Al-Quran.

Apa itu Beana Quran Center?

Beana Quran Center menawarkan kelas tutor mengaji khusus untuk kanak-kanak. Perkhidmatan mengajar mengaji di Beana Quran Center mengandungi 1 guru dan 10 pelajar. Pusat center Beana menawarkan kelas sesi pagi, petang, malam dan juga hujung minggu.

Pakej yang disediakan di Beana Quran Center:

  • Pakej Ngaji Transit
  • Ngaji Asas Al Quran
  • Kelas Al-Quran dan Tajwid
  • Ngaji Hujung Minggu

Kelebihan Beana Quran Center

Kelebihan belajar mengaji di Beana Quran Center adalah factor persekitaran yang selamat. Beana telah menyediakan CCTV di setiap kelas untuk mengawasi pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka sentiasa berada di dalam keadaan selamat. Bukan itu sahaja, guru-guru juga turut mengawasi anak-anak bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Beana Quran Center juga sangat mementingkan kebersihan. Setiap hari, kelas akan dibersihkan dan disembur sanitizer untuk memastikan kanak-kanak belajar dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Selain itu, Beana Quran Center juga telah menyediakan teknologi yang canggih untuk keselesaan dan pembelajaran anak-anak. Penyaman udara telah disediakan di setiap kelas untuk memastikan kanak-kanak dapat belajar dengan selesa dan nyaman. Bukan itu sahaja, bagi memastikan kanak-kanak dapat belajar dengan seronok dan bersemangat, Beana mengajar menggunakan ‘Flip TV’ sebagai papan putih. Dengan adanya Flip TV ini, ia dapat membantu pembelajaran kanak-kanak dengan cara yang lebih menarik dan seronok.

Beana menawarkan modul yang lengkap dan berstruktur mengikut silibus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beana juga telah menggunakan kaedah ‘Fun Learning’ untuk membuat kanak-kanak seronok dan bersemangat untuk belajar mengaji.

Pada setiap bulan, Beana mengadakan Program bulanan bersama ibubapa. Ini membantu ibubapa dan guru untuk berbincang tentang perkembangan prestasi pelajaran anak-anak. Ini dapat membantu ibubapa mengetahui tahap pembelajaran anak-anak mereka. Ibubapa dan guru dapat berkerjasama bagi memastikan pencapaian anak-anak dapat ditingkatkan.

 

Bagi yang berminat, atau inginkan info dengan lebih lanjut mengenai Beana Quran Center kelas, boleh hubungi Puan Kiftiah. Selamat Mendaftar!