fbpx
Al-Quran

Tips Mendidik Anak-Anak Membaca Al-Quran

Al-Quran ialah kitab suci yang perlu dicintai dan dibaca pada setiap hari. Ia adalah panduan kehidupan setiap orang Islam dan perlu dididik dari kecil untuk belajar membacanya dan mencintainya. Jadi apa yang perlu dibuat untuk memastikan anak-anak kita membaca Al-Quran?

Tips Mendidik Anak-Anak Membaca Al-Quran

Tips pertama yang perlu dilakukan adalah Ibubapa haruslah menunjuk contoh yang terbaik kepada anak-anak mereka. Ibubapa perlulah mengamalkan amalan mengaji di hadapan anak-anak, ini bagi memastikan anak-anak dapat membiasakan diri dengan amalan yang baik dan mengamalkannya.

Selain itu, Ibubapa hendaklah memastikan anak-anak mereka mendengar dan menghafal ayat-ayat Al-Quran. Ini boleh dimulakan dengan menyuruh anak-anak membaca dan menghafal surah-surah lazam seperti Al Fatihah, 3 Qul, Surah Al Kauthar dan lain-lain. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan anak-anak untuk sentiasa mengaji.Ibubapa juga boleh menceritakan kisah-kisah dan keistimewaan Al-Quran.  Anak-anak akan lebih suka dan bersemangat untuk mengaji apabila mereka tahu maksud dan kisah-kisah di dalamnya. 

Di samping itu, Ibubapa juga boleh memberi motivasi kepada anak-anak mereka dengan membeli senaskah Al-Quran khas untuk mereka. Ini supaya ia dapat memberi semangat kepada anak-anak untuk rajin mengaji. Bagi menambahkan lagi semangat mereka untuk mengaji, ibubapa boleh menerangkan dengan lebih lanjut  tentang mukjizat yang akan diberikan pada hari kiamat nanti sekiranya mereka rajin mengaji.

Akhir Sekali, ibubapa boleh mencari guru-guru yang berpengalaman dan mahir dalam Al-Quran bagi membantu anak-anak belajar mengaji. Beana Quran Center menawarkan semua tips-tips yang berada diatas iaitu, mengaji, menghafal surah-surah lazim dan juga menceritakan kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran. Beana juga menggunakan kaedah ‘Fun Learning’ bagi memastikan kanak-kanak berasa seronok dan bersemangat untuk belajar mengaji. Bukan sahaja Beana mengajar mengaji, tapi ia juga mengajar Fardhu Ain. Fardhu Ain juga penting kerana ianya satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang muslim.

Bagi yang berminat, atau inginkan info dengan lebih lanjut mengenai Beana Quran Center, boleh hubungi Puan Kiftiah. Selamat Mendaftar!

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara nak didik anak supaya suka mengaji boleh klik video di bawah.