fbpx
sujud-sajadah

Sujud Sajadah: Panduan Secara Ringkas

Sujud Sajadah: Panduan Secara Ringkas

sujud-sajadah

Maksud

Sujud Sajadah yang juga dikenali sebagai sujud tilawah merupakan sujud yang dilakukan apabila sesorang itu membaca atau mendengar ayat-ayat sajadah dalam Al-Quran. Sujud ini dijadikan sebagai simbolik untuk menunjukkan penghambaan kita terhadap Allah SWT atas kebesaranNya.

Hukum

Hukum melakukan sujud tilawah adalah sunat muakad di mana, sesiapa yang melakukannya akan dapat pahala sunat manakala sekiranya tidak dilakukan, tidak ada ganjaran pahala atau dosa yang akan diberikan kepada mereka.

Ayat Sajadah dalam Al-Quran

Terdapat 14 ayat Sajadah yang boleh ditemukan dalam Al-Quran dan disunatkan untuk melakukan Sujud Tilawah. 14 ayat tersebut adalah:

  • Surah al-A’raf: ayat 206
  • Surah al-Ra’d: ayat 15
  • Surah al-Nahl: ayat 49-50
  • Surah al-Isra’: ayat 107-109
  • Surah Maryam: ayat 58
  • Surah al-Hajj: ayat 18
  • Surah al-Hajj: ayat 77
  • Surah al-Furqan: ayat 60
  • Surah al-Naml: ayat 25-26
  • Surah al-Sajdah: ayat 15
  • Surah Fushshilat: ayat 37-38
  • Surah al-Najm: ayat 62
  • Surah al-Insyiqaq: ayat 21
  • Surah al-‘Alaq: ayat 19

Terdapat satu ayat Sajadah yang tidak perlu melakukan Sujud Tilawah iaitu, Surah Shad: Ayat 24 kerana ayat ini dikira sebagai sujud syukur pada Mazhab Syafi’i.

Cara Melakukan

Sujud Tilawah telah dibahagi kepada dua iaitu ketika di dalam solat dan luar solat.

Ketika di dalam solat, sujud tilawah hendaklah dilakukan setelah selesai membaca ayat sajadah seperti ayat-ayat di atas. Kita hendaklah terus sujud dan membaca bacaan Sujud Sajadah, kemudian kembali berdiri tanpa mengangkat tangan dan terus menyambung bacaan ayat Al-Quran tadi.

Manakala, perlaksanaan Sujud Tilawah di luar solat adalah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud. Ketika melakukan sujud, hendaklah dibaca doanya dan setelah itu bangun dari sujud, terus duduk dan memberi salam.

Sekiranya, terdapat ayat sajadah ketika solat berjemaah, pihak makmum hendaklah mengikut segala pergerakan imam. Sekiranya imam melakukan sujud tilawah, maka makmum hendaklah melakukannya dan begitu juga sebaliknya.

Bacaan

Bacaan doa ketika terjumpa ayat Sajadah adalah seperti berikut:

Maksudnya:

Aku sujudkan wajahku ini kepada Allah yang menciptanya dan membentuk rupanya, yang membuka pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya dan kudratNya. Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.

Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang Sujud Sajadah, anda boleh menonton video dibawah:

 

Giveaway Fasih Mengaji

Cabutan Bertuah

GIVEAWAY FASIH MENGAJI
===================================

Beana Home Quran akan adakan Giveaway pelbagai hadiah menarik seperti Tunai Rm1,000, Samsung earphone , Emas Habib & Al-Quran untuk kempen ini !

Ini akan menjadi kempen hadiah terbesar kami! 🔥🔥🔥

Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:
1. Masuk ke group Telegram Beana di bawah
2. Klik website yang akan diberikan di dalam group Telegram
3. Pilih mana-mana pakej Fasih Mengaji
4. Whatsapp admin untuk pembayaran dan isi detail
5. Anda layak untuk jadi pemenang untuk hadiah-hadiah menarik ini

* Jumlah Pemenang: 13 pemenang (maksimum)
* Pemenang akan diumumkan di Live Instagram & Facebook serta dalam Telegram Beana Quran.

Jom Sertai sekarang !🤩

Klik link di bawah untuk masuk group Telegram Beana Quran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran
https://t.me/beanaquran