fbpx

Kelas Mengaji Kanak-Kanak Persendirian

Kelas Mengaji Untuk Kanak-Kanak

Kelas mengaji kanak-kanak yang terletak di kota damansara dibangunkan oleh Beana Home Quran Sdn Bhd.

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji dan fardhu ain secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Di sini, kami juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan sama ada kecil atau  besar yang mengandungi tidak lebih daripada 6 orang pelajar.

Kelas Mengaji Kanak-Kanak - Belajar Mengaji Kanak-Kanak

Kesemua aktiviti belajar mengaji dan kelas fardhu ain boleh dilakukan di rumah, di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. Kami menggunakan konsep talaqi iaitu pertemuan atau perjumpaan yang berasaskan pengajian ilmu Islam. Ia akan disampaikan oleh tenaga pengajar kami kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa supaya lebih tekun dan fokus dalam pengajian membaca Al-Quran dan Ilmu Fardhu Ain.

Beana Home Quran telah beroperasi sejak 2016. Sejak beroperasi, terdapat lebih daripada 300 orang pelanggan telah mendaftar dan menjalani kelas mengaji Al-Quran dan kelas Fardhu Ain kami. Tenaga pengajar juga telah ramai yang berdaftar dengan kami dan kini kami telah mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Beana Home Quran juga turut menyediakan pusat pengajian bergerak . Ia merupakan pusat pembelajaran kami yang teletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran ini sangat strategik kedudukannya kerana ianya terletak di antara Petaling Jaya dan Subang. Jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami, anda boleh terus berdaftar dan belajar mengaji di sini.

Sekiranya anda tinggal jauh dari kawasan pusat pengajian kami, tidak akan menjadi masalah kerana perkhidmatan utama kami adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Di Beana Home Quran, kami mempunyai ramai tenaga pengajar yang secukupnya. Tenaga pengajar kami akan dihantar ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan untuk mengajar mengaji Al-Quran kepada anda.

Apa Yang Beana Tawarkan?

Beana Home Quran menawarkan membaca Al-Quran selama 50 jam menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Salah satu kaedah pembelajaran yang ditekankan oleh Beana Home Quran adalah dengan menggunakan flash card yang direka khas untuk menerapkan pemahaman melalui rangsangan pergerakan. Kami juga menjanjikan selepas 50 jam pembelajaran membaca Al-Quran ini, anda pasti akan mudah untuk mengingati dan memahami yang dipelajari.

Seterusnya, pelajar akan turut didedahkan dengan penggunaan gadjet dengan positif. Dengan menggunakan alat gadget ini, pelajar akan belajar melalui slideshow yang telah disediakan. Pelajar juga akan diberikan buku latihan dan workbook untuk menarik dan memupuk minat pelajar dan dalam membaca Al-Quran. Pelajar juga akan lebih fokus dan tekun dengan menggunakan kaedah ini.

Selain itu, Beana Home Quran juga akan menyediakan jadual supaya pelajar mudah untuk mengingati sekaligus memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib. Kami juga akan menyediakan jadual yang sesuai mengikut keselesaan dan prestasi pelajar. Ini akan membuatkan pelajar senantiasa ingat untuk mengulangkaji dan mengingati apa yang telah diajar oleh guru semasa kelas mengaji Al-Quran berjalan.

Selain itu juga, pihak Beana Home Quran turut menawarkan kelas kelas Asas Fardhu Ain secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar kelas mengaji Al-Quran kami. Kelas Fardhu Ain ini akan dijalankan mengikut kesusuaian masa pelajar. Kebiasaannya, kelas ini akan dilakukan setelah selesai sesi pengajian mengaji ilmu Al-Quran.

Kelas fardhu ain ini diadakan kerana ilmu ini saling berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Oleh itu, kamu menawarkan kelas Fardhu Ain ini secara percuma agar anda mudah memahami dan mengerti aakan pembelajaran ilmu Al-Quran serta tajwidnya.

Pada hujung minggu tersebut, kami akan menyediakan laporan tentang pengajaran dan pembelajaran anda itu. Laporan ini bertujuan untuk mengetahui akan prestasi pelajar pada minggu tersebut sama ada terdapat peningkatan ataupun masih berada pada tahap yang sama. Selalunya, pelajar-pelajar kami akan menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu setelah pembelajaran dijalankan.

Pakej Yang Ditawarkan

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji kanak-kanak ini iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar. Kedua-dua pakej ini merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu ain dan juga pembelajaran asas hafazan. Pengajian kelas ini sangat fleksible dan akan dilakukan secara one to one.

Pakej ini hanya RM 60 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 65 sejam setiap seorang.

Pembelajaran ini akan dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan. Ia menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Laporan pembelajaran bulanan akan diberikan pada akhir bulan untuk mengetahui prestasi pelajar tersebut. Untuk menilai prestasi pelajar, ujian penilaian akan diadakan pada setiap tiga bulan.

Selain itu juga, kami turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pengajian secara berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Bagi pakej berkumpulan ini yang mempunyai pelajar seramai 5 ke 10 orang hanya RM 125 ke RM 250 untuk dua jam.

Kelas Tasmi’

Kelas Tasmi’ ini akan diajarkan oleh tenaga pengajar yang telah menghafal Al-Quran yang merupakan pakar bidang hafiz. Pengajian akan dilakukan menggunakan kaedah Takrar iaitu mengikut ulangan yang betul. Ini akan lebih memudahkan anda untuk menghafal dengan memiliki guru secara persendirian. Dan kelas ini juga akan mendedahkan Al-Quran dalam bentuk kefahaman dan bukanlah hafalan semata-mata.

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu Ain pula mendedahkan ilmu Fiqh yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Di dalam kelas ini, setiap amalan dan perbuatan yang diajarkan adalah berdasarkan hadis. Ia memberikan kefahaman yang sangat mendalam mengenai mazhab As-Syafie.

Kelas Bahasa Arab

Beana Home Quran juga turut menawarkan kelas bahasa Arab. Di dalam kelas ini, kami akan mengajarkan pembelajaran bahasa arab dengan mudah tanpa menghafal. Latihan bahasa Arab yang akan diberikan adalah mengikut silibus Universiti Saudi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep memahami domir tanpa menghafal.

Kelas Tahsin Ibadah

Kelas Tahsin Ibadah ini akan merangkumi pembelajaran dan pendedahan tentang solat jemaah. Selain itu juga, di dalam kelas ini, tenaga pengajar akan memperjelaskan tentang hadis dan Al-Quran yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Lokasi Beana Home Quran

Beana Home Quran setakat ini telah beroperasi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Lokasi-lokasi ini termasuklah kawasan-kawasan seperti Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Oleh itu, sekiranya anda berminat, jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang sebagai pelajar di website kami mengikut pakej yang anda inginkan. Beana Home Quran telah menyediakan pakej yang sesuai untuk anda sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Anda juga tidak perlu bersusah payah lagi menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas mengaji. Biar kami yang datang ke rumah anda. Anda juga akan lebih selesa dan ianya memudahkan serta menjimatkan masa anda. Suasana pembelajaran juga lebih selesa dan mudah untuk anda menumpukan perhatian sepenuhnya dan mempercepatkan pemahaman.

Boleh baca artikel selanjutnya .. Tips mengajar anak tak mahu mengaji tanpa memaksa.