Akhir sekali, anda perlulah membiasakan diri untuk mengajar anak anda membaca doa. Doa makan, doa masuk dan keluar tandas, doa sebelum tidur dan bangun tidur, doa memulakan pembelajaran, doa naik kenderaan dan lain-lain lagi.
Semoga lama-kelamaan, bila mereka sudah menghafal, maka hati mereka akan jatuh suka untuk mengaji dengan lebih mudah dan dapat melafazkan doa tersebut sewaktu bersendirian tanpa bantuan orang lain. Dengan doa juga, ia dapat melembutkan hati mereka.
Ingat, jangan sesekali anda memaksa anak anda untuk mengaji dengan merotan atau memarahi mereka. Itu akan membuatkan mereka hilang rasa seronok untuk belajar mengaji dengan suka rela. Jika mereka kerap dipaksa untuk mengaji, berkemungkinan kelak mereka akan rasa tak suka dan benci untuk belajar mengaji.
Jadi, mengajar anak mengaji menggunakan cara yang berlemah lembut dan ‘paksa’ secara halus lebih mudah untuk menarik minat mereka. Anda juga boleh gunakan Cara Mengajar Anak Membaca Buku Iqra.
Perkonsian yang bermanfaat 👍