fbpx
membaca alquran

Kaedah Belajar Baca Al-Quran Sendiri

Kaedah Belajar Baca Al-Quran Sendiri

Terasa di dalam hati itu untuk belajar membaca Al-Quran, tetapi sangat segan nak belajar dengan ustaz atau ustazah kerana sudah berumur baru nak belajar. Tak tahu macam mana nak mula mengaji. Kenal huruf pun sikit-sikit sahaja. Pernah pergi kursus baca Al-Quran tapi belum mahir sepenuhnya. Pernah juga upah ustaz dan ustazah tapi jadual bekerja yang tidak mengizinkan untuk teruskan membaca Al-Quran sendiri menjadikan diri anda seperti melengah-lengahkan perkara yang elok.

Jadi bila diri makin berumur ini baru ada masa untuk diri sendiri, baru ada masa untuk beribadah dengan lebih fokus dan tekun tapi segan bila diperhatikan orang ketika membaca. Tidak mengapa, anda boleh ikuti langkah-langkah ini untuk belajar membaca Al-Quran sendiri.

Kaedah Belajar Membaca Al-Quran Sendiri

Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa belajar membaca Al-Quran sendiri ini memerlukan anda untuk praktis dengan lebih banyak lagi. Bacaan anda perlulah lantang dengan suara yang kuat supaya anda boleh mendengar sendiri bunyi yang anda keluarkan daripada mulut anda.

Ini adalah kerana sekiranya anda tidak keluarkan bunyi ketika anda membaca Al-Quran, anda mungkin akan terlepas pandang cara anda melafazkan sesuatu itu sama ada betul atau salah. Jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk di Google atau Youtube cara pembacaan yang betul. Okay, sekarang anda sudah ready untuk tahu empat langkah yang ada perlu lakukan untuk belajar membaca Al-Quran dengan sendiri.

Penguasaan Huruf

Pertama sekali, anda perlu mengenal setiap satu huruf hijayyah. Huruf hijayyah mempunyai 28 huruf. Kuasai setiap huruf-huruf ini dengan bunyi dan sebutannya yang betul supaya anda tidak keliru ketika membacanya nanti. Anda harus hafal dan berani membacanya dengan suara yang keras dan lantang.

Kaedah Belajar Membaca Al-Quran Sendiri

Setiap huruf tersebut mempunyai cara sebutannya yang tersendiri, jadi belajarlah dengan betul agar tidak kekok nanti ketika membaca Al-Quran. Terdapat sesetengah huruf tersebut yang mempunyai sebutan yang lebih kurang sama, jadi anda perlu bezakan sendiri sebutannya dengan cara yang betul.

Penguasaan Huruf Sambung

Setelah anda kenal pasti setiap huruf-huruf hijayyah tersebut beserta sebutan yang betul, anda boleh mula kuasai huruf bersambung. Anda tidak boleh skip cara ini kerana di dalam Al-Quran setiap perkataan adalah bersambung. Jadi, anda perlu kenal huruf-huruf ini bagaimana bentuknya ketika dia bersambung. Ingat, sesetengah huruf apabila bersambung, bentuknya akan menjadi sedikit berbeza daripada yang asalnya.

Sama ada di hadapan, di tengah dan di akhir sambungannya, anda perlu kuasai cara huruf-huruf tersebut disambungkan. Oleh itu, anda perlu perhatikan betul-betul dan fahamkan serta teliti bentuk huruf tersebut supaya kelak ketika membaca Al-Quran akan menjadi lebih lancar pembacaannya. Bacaan Al-Quran 30 Juzuk & Cara Melancarkan Pembacaan boleh anda baca di artikel ini.

Penguasaan Tanda Baca

Kalau di bahasa Malaysia terdapat istilah vokal, di dalam bahasa Arab, kesemuanya adalah huruf konsonan. Jadi, tanda bacalah yang mempengaruhi vokalnya. Sekiranya anda kuasai tanda baca ini, lebih senanglah anda untuk membaca Al-Quran kelak. Tanda baca juga mempunyai kaedah untuk membacanya dengan betul. Maka anda perlulah belajar cara yang tepat dengan sebutannya, dengungnya dan sebagainya.

Kaedah Belajar Membaca Al-Quran Sendiri

Penguasaan Tanda Pendek & Panjang

Akhir sekali anda perlu kuasai penggunaan tanda pendek dan panjang. Di setiap ayat di dalam Al-Quran mempunyai bacaan pendek dan panjangnya. Belajar juga jenis-jenis mad yang akan membantu anda untuk memahami tanda pendek dan panjang tersebut.

Ini adalah salah satu ciri khas bahasa Arab yang mempunyai pendek dan panjang setiap huruf telah diatur dengan baik sekali. 

Setelah anda kuasai keempat-empat kaedah di atas, saya pasti anda sudah boleh membaca Al-Quran dengan fasih dan lancar tanpa tersekat-sekat. Anda juga sudah boleh membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul setelah anda mahir dalam penguasaan tanda pendek dan panjang.

Tetapi jika anda mahu belajar mengaji, seeloknya berguru. Kerana apabila berguru, mereka boleh menegur kesilapan kita. Tak usah malu atau mendengar kata-kata orang. Niatkan belajar hanya kerana Allah. Ramai guru yang sedia untuk mengajar anda yang berani untuk menyuarakan hasrat untuk belajar mengaji. Salah satunya, Beana HomeQuran sentiasa mengalu-alukan anda. Klik saja saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Jangan pernah serik belajar. Menuntut ilmu biar sehingga ke liang lahad. Semoga Allah meredhai segala usaha kita.