fbpx

Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya

Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya

Setiap orang pasti bercita-cita nak hafal Al-Quran secepat yang mungkin kan? Setahun? 6 bulan? Cara ini telah dikongsikan oleh Fadhil Azman yang berasal daripada Singapura. Beliau telah hafal Al-Quran dalam masa 4 bulan sahaja. Jadi, kali ini saya akan kongsikan tips yang diamalkan oleh Fadhil.

Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya

Betulkan Niat

Pertama sekali, anda perlu betulkan niat anda. Ini adalah perkara yang paling penting sekali yang perlu dititik beratkan. Untuk menghafal Al-Quran anda perlulah tetapkan diri bahawa anda lakukannya ikhlas kerana Allah SWT, mengharapkan rahmat dan keredhaan-Nya untuk memperoleh syurga. Bukan kerana kawan-kawan atau keluarga kerana ingin menunjuk-nunjuk. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk melakukannya semata-mata kerana Allah SWT.

Mulakan Sekarang

Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jangan ditangguh-tangguhkan perkara yang elok. Kalau niat sudah ada, itu sudah bagus. Jangan berikan alasan anda tidak cukup masa. Cari masa untuk diri sendiri dalam menghafal Al-Quran. Anda perlu ada motivasi dalam diri. Untuk mencari motivasi, fikirkan tentang betapa besarnya faedah yang akan anda dapat.

Membaca satu huruf juga sudah boleh dapat ganjarannya. Apatah lagi, satu Al-Quran. Dalam Al-Quran juga terdapat kisah menarik yang anda akan temui ketika membacanya nanti. Cuba biasakan diri membaca Al-Quran selepas solat, pasti anda akan dapat momentum dari situ.

Gunakan Mushaf Yang Sama

Penggunaan mushaf yang sama sejak kecil lebih berkesan mengikut sesetengah guru. Ini kerana apabila anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda telah terbiasa dengan car penulisan, warna dan hiasan dalamnya. Ini juga akan membuatkan minda anda terbiasa dengannya. Anda juga akan lebih selesa dengan penggunaannya. Lebih selesa bermakna lebih mudah untuk anda membacanya.

Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya

Mendengar Pembacaan Ayat Al-Quran

Perkara ini mungkin susah bagi sesetengah orang untuk melakukannya. Tinggalkan lagu-lagu anda. Sebaliknya, perdengarkan surah-surah yang akan anda hafal. Ulangkannya untuk beberapa kali sehingga perkataan-perkataan tersebut masuk ke dalam minda anda.

Walaupun anda sedang membuat kerja yang lain, sekiranya anda mendengar ayat Al-Quran tersebut beberapa kali, ianya pasti akan masuk dalam memori anda tanpa anda sedari. Dari situ, anda akan dapati bahawa menghafal surah akan menjadi lebih mudah. Buka mushaf anda sambil mendengar Al-Quran untuk membiasakan dengan muka surat tersebut. Kemudian, anda boleh mulakan menghafal.

Pengulangan Dan Pembahagian Halaman

Seterusnya, anda perlu baca keseluruhan halaman beberapa kali. Anda boleh memilih untuk membahagikan halaman kepada tiga atau dua bahagian. Ini bergantung kepada seberapa mudah untuk anda menghafal halaman tersebut. Hafal dari bahagian pertama dahulu sebelum meneruskan ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke halaman seterusnya selagi anda belum menghafal halaman tersebut sepenuhnya. Ulang sehingga ianya tersemat dalam ingatan.

Pemahaman Adalah Kunci Penting

Adalah sangat menyeronokkan jika anda memahami apa yang disampaikan oleh-Nya. Ia boleh membawa anda ke titik terendah dan membuka anda kepada perubahan yang lebih besar. Fokus pada apa yang anda baca untuk memahami ayat tersebut.

Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya

Jangan fikirkan hal yang lain ketika membacanya. Muat turun aplikasi terjemahan/tafsir Al-Quran dalam smartphone anda. Atau anda boleh juga menggunakan mushaf yang mempunyai terjemahannya sekali. Kefahaman anda tentang ayat tersebut akan memudahkan anda untuk menghafal ayat tersebut.

Mulakan Dengan Perlahan-Lahan

Menghafal Al-Quran ini tidak memerlukan anda untuk melakukannya sepantas mungkin, sebaliknya, anda perlu mengabil selangkah demi selangkah. InshaAllah, anda akan dapati menghafal dengan konsisten akan menjadi lebih mudah.

Jangan Putus Asa

Bacalah doa sebelum memulakan hafalan. Tidak bermakna hari ini terasa susah, esok juga akan terasa susah. Yang penting, jangan berhenti dan jangan berputus asa sebelum anda mendapat hasilnya. Dapatkan Trik Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Cepat sekiranya anda hampir putus asa.

Berkawan Dengan Mereka Yang Turut Menghafal

Dengan mempunyai rakan yang turut menghafal, anda akan berasa lebih bermotivasi untuk hafal Al-Quran. Mereka ini boleh dikatakan sebagai dorongan kepada anda.

Perancangan

Buat perancangan berapa banyak halaman yang anda patut hafal dalam masa sehari. Untuk menghafal satu halaman, anda boleh mengambil masa lebih kurang 3o minit, bergantung kepada tahap kesukaran halaman tersebut. Ada halaman yang mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk dihafal.

Masa Yang Terbaik

Tahukah anda masa yang paling terbaik untuk menghafal Al-Quran adalah selepas subuh atau fajar kerana pada waktu itu, minda anda masih segar. Ketenangan fajar akan memasuki minda anda. Selain itu, waktu selepas solat juga adalah masa yang sesuai untuk menghafal dari waktu antara Maghrib ke Isya’.

Jadi Produktif

Bacalah Al-Quran dalam perjalanan ke sekolah atau ke tempat kerja. Ambil masa untuk anda hafal Al-Quran walau sebaris ayat sekalipun.

Bawa Mushaf Kemana-Mana

Mushaf ini akan menjadi peringatan untuk anda membacanya.

Jaga Mata Anda

Dari membuat perkara yang tak elok, melihat perkara yang tidak senonoh, mendengar gosip atau sebagainya, eloklah anda menjaga pandangan ada, telinga anda dan juga mulut anda dari perkara-perkara yang dilarang dan tidak elok.

Bertaubat

Setiasa bertaubat kepada Allah sekiranya anda melakukan dosa tanpa menyedarinya. Apabila seseorang membuat dosa, perlulah dia segera bertaubat kepada Allah. Allah akan menerima taubat orang yang ikhlas.

Minta Seseorang Mendengar Bacaan Anda

Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk mendengar bacaan anda. Pastikan orang tersebut tahu membaca Al-Quran dengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia boleh memperbetulkannya.

Ulang Apa Yang Anda Telah Hafal

Carilah seseorang untuk mendengar anda mengulang bacaan. Seseorang itu perlukan memperkukuh hafalannya dengan selalu mengulangnya.

Baca Ayat Atau Surah Yang Sudah Di Hafal Dalam Solat

Anda juga boleh mempraktikkan bacaan ayat atau surah yang sudah anda hafal di dala solat. Jika anda membiasakan diri untuk berbuat sedemikian, pasti anda akan lebih mudah untuk ingat apa yang telah anda hafal. Lebih banyak anda ulang membacanya, lebih senanglah anda untuk mengingatinya.

Tunaikan Solat Malam & Berdoa

Lakukan solat tahujjud, kemudian berdoalah. Berdoalah kepada Allah agar ia akan memudahkan minda dan hati anda untuk menghafal dan tidak melupakan hafalan tersebut. Mohon kepada-Nya supaya dikuatkan ingatan dan mohonlah supaya Allah singkirkan sifat malas dalam diri. Berdoalah juga untuk kebaikan orang lain yang mungkin amat memerlukan rahmat Allah.

Nak Hafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan? Ini Caranya

“Doa semasa tahajjud diibaratkan seperti busar panah yang tidak pernah tersasar dari sasarannya.” (Imam Syafi’ie)

Minta Ibu Bapa Doakan Anda

Doa seorang ibu/bapa dikatakan sangat mujarab. Jadi mintalah pada ibu bapa anda untuk mendoakan anda supaya berjaya.

Dengan perkongsian ini, saya berharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghafal Al-Quran dalam masa 4 bulan. Anda juga boleh mencuba Kaedah Belajar Membaca Al-Quran Sendiri.

Comments are closed.