fbpx

Anak-anak tak suka al-Quran? Boleh cuba tip di bawah

Setiap pasangan yang baru berkahwin tentunya mahukan anak-anak yang soleh dan solehah yang mana anak-anak suka untuk mempelajari Al-Quran. Apabila anak lahir, banyak usaha yang dilakukan untuk menjadikan anak-anak seperti yang diinginkan. Namun, anak-anak kecil biasanya lasak dan suka bermain.

Ketika bermain sebenarnya otak mereka sedang berkembang. Kadang-kadang timbul juga rasa risau. Bagaimana mahu menjadikan anak-anak suka kepada al-Quran? Bagaimana mahu mendekatkan anak-anak dengan al-Quran? Sedangkan mereka terlalu lasak dan tidak mudah duduk diam.

Di sini ada 3 tip yang boleh diamalkan. Sila baca

  1. Selalu baca dan dengar al-Quran semasa hamil.

Sebenarnya, ketika di dalam kandungan lagi bayi sudah pun boleh mendengar apa yang dibaca dan didengar oleh ibu. Jadi, apabila ibu selalu membaca dan mendengarnya, bayi di dalam kandungan akan  mudah menerima dan kesannya akan dapat dilihat setelah  bayi dilahirkan.

  1. Selepas bayi dilahirkan, jadikan al-quran sebagai halwa telinga anak.

Anak kecil selalunya akan menangis atau meragam sekiranya lapar atau mengantuk. Salah satu cara untuk menenangkan anak-anak yang sedang meragam adalah mendengarkan mereka dengan bacaan ayat-ayat suci. InsyaAllah anak-anak akan diam. Kesannya, anak akan mudah untuk dekat dengan al-Quran.

 

  1. Mulakan pendidikan awal anak-anak dengan al-quran

Seawal usia 4 tahun, kebanyakan ibu bapa sudah mula menghantar anak-anak ke tadika. Namun, sebelum usia  4 tahun, ibu bapa boleh memulakan pendidikan mengaji kepada anak-anak di rumah. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah sentiasa memasang bacaan surah-surah dan mengaji bersama-sama anak.

Kesimpulannya,  pendidikan al-Quran seawal usia bayi di dalam kandungan lagi akan mempengaruhi anak-anak untuk mudah dekat dengannya. Sekalipun anak-anak terlalu lasak, mereka tetap akan suka mendengarnya kerana sudah terbiasa sejak kecil.

MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?

➽ https://beanahomequran.com//daftar-online

NAK JADI TUTOR AL-QUR’AN?

➽  https://beanahomequran.com//nak-jadi-tutor

KELEBIHAN MENJADI TUTOR BEANA al-quran

1.  Anda berhak menyusun jadual anda sendiri

2. Bekerja dengan waktu yang fleksible

3. Mengajar disekitar tempat anda sahaja (Separuh masa)

4. Elaun yang lumayan

5. Insentif BELIAN KERETA & UMRAH

6. Penyata elaun disediakan

7. Reward Tutor Bulanan

8. Mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja

9. Latihan dan konsultansi diberikan