fbpx

Jom Ketahui Gadget yang sesuai dengan mengaji mengikut budget anda

GADGET SESUAI UNTUK MENGAJI

gadget
Gambar dari Samuel Gibbs dari The Guardian

Gadget seperti smartphone telah menjadi satu keperluan bagi setiap masyarakat di dunia sekarang. Smartphone bukan saja hanya digunakan bagi menelefon dan melayari internet dan menggunakan media social sahaja. Ia turut dapat digunakan bagi mengaji dan lain-lain.

Disebabkan smartphone mempunyai aplikasi yang banyak , jadi kekerapan penggunaannya sangat tinggi dalam masa 1 hari sahaja.

Smartphone dapat dibahagi mengikut pelbagai jenis mengikut harga yang ditetapkan. Jenama smartphone yang popular digunakan adalah Asus, Huawei, Samsung, Apple dan Xiaomi.

Smartphone yang sesuai untuk anak

Bagi smartphone yang sesuai untuk digunakan bagi mendidik anak ialah Asus Zenfone Max Pro M1 yang bermula dengan harga Rm 599 yang mempunyai spesifikasi yang agak canggih.

Ia mempunyai Processor Mediatek MT6750T, mempunyai ram 4 gigabyte. Memori sebanyak 32 gigabyte dan ia boleh menggunakan memori kad sd sehingga 256 gigabyte. Skrinnya pula adalah 5.7 inci dan mempunyai resolusi sebanyak 720p.

gadget

Gambar Zenfone Max Pro M1

Selain itu, gadget lain seperti tablet  yang sesuai untuk dibeli oleh para ibu bapa bagi mendidik anak menggunakan gadget adalah Huawei Mediapad T3 7.0 (3g). Harga tablet ini adalah rm471.00 di directd Tablet ini bukan sahaja “budget friendly” malah ia turut dilengkapi dengan spesifikasi yang cukup dengan penggunaan seharian dan bagi mendidik anak.

Ia mempunyai 2 gigabyte ram, memori sebanyak 16 gigabyte dan mempunyai skrin beresolusi hd iaitu 1080p. Ia amat sesuai untuk digunakan bagi anak2 untuk belajar mengaji melalui youtube dan menggunakan applikasi yang dimuat turun.

gadget
Huawei Mediapad T3

Bukan saja hanya belajar mengaji di smartphone , tetapi anak-anak juga boleh membuat latihan hanya dengan menginstall apps yang sesuai untuk melatih kefahaman mereka dengan apa yang dipelajari.

Menarik kan fakta yang dikongsi dari Beana? Jadi ibu bapa perlulah membeli gadget atau smartphone yang sesuai dengan poket dan yang dapat memberi seribu kebaikan sepanjang penggunaannya. Dan pastikan gadget tersebut tidak digunakan pada perkara yang tidak berfaedah.