fbpx

Apakah Keutamaan Dakwah?

4 Keutamaan Dakwah Dalam Islam

Dakwah adalah kegiatan mengajak manusia untuk beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Ia merupakan bukti ketaatan seorang Muslim dalam menyebarkan ajaran Islam.

Berdakwah bukan hanya sekadar menyampaikan ceramah di depan khalayak ramai. Dakwah boleh dilakukan melalui pelbagai cara sama ada melalui percakapan, perbuatan ataupun penulisan. Walau hanya sepatah kata kebaikan yang disampaikan, itu juga termasuk dalam berdakwah.

Dengan pelbagai kemudahan dan teknologi saat ini, berdakwah menjadi jauh lebih fleksibel dan efisien. Sebagai seorang Muslim, hendaklah kita terapkan rasa untuk berdakwah kerana ia seharusnya menjadi tujuan hidup manusia di dunia. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”

Surah Fushshilat: 33

Begitu banyak keutamaan dalam berdakwah, antaranya adalah seperti berikut:

Mencontohi Para Rasul

dakwah

Rasul adalah manusia yang diutuskan oleh Allah SWT untuk berdakwah kepada umatnya. Tanda bukti kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai umat baginda, sepatutnya mencontohi para rasul dalam menjalankan tugas mulianya seperti berdakwah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”.

Surah Yusuf: 108

Amal Yang Terbaik

Dakwah merupakan amal yang terbaik kerana meneruskan tugas mulia para nabi dan rasul dalam menyebarkan agama Allah. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidaklah mewariskan dinar ataupun dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barang siapa mengambilnya, sungguh dia telah mengambil bagian yang sangat mencukupi.”

HR. Abu Dawud

Mendapatkan Pahala Yang Besar

Pahala yang besar telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang teguh untuk meneruskan kerja mulia para rasul. Pahala yang didapatkan si pendakwah bukan hanya kepada isi dakwah saja, bahkan ketika orang yang mendengar dakwah menyampaikan isi dakwah kepada orang lain, maka pahalanya pun akan mengalir juga untuk si pendakwah. Dan begitulah seterusnya berulang-ulang hingga akhir dunia dan menjadi amal jariyah.

Penyelamat Dari Azab Allah SWT

Dikisahkan dalam Al-Quran, sebuah cerita tentang mereka yang berdakwah agar selamat dari azab Allah.

“Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.”

Surah Al-A’raf:163

Daripada potongan surah di atas, dapat disimpulkan bahawa dengan berdakwah, akan terlepaslah tanggungjawabnya di hadapan Allah SWT sehingga ia terhindar dari azab Allah kelak. Rasulullah SAW telah berjaya mengubah masyarakat jahiliyah menjadi umat terbaik sepanjang zaman dengan dakwahnya. Beliau juga terus melahirkan para penerus dakwah untuk membentuk asas dan benih bakal masyarakat terbaik di Madinah (Anshar). Sesungguhnya hanya dengan dakwahlah kita boleh kembali bangkit menuju kejayaan sebagai khairu ummah, iaitu sebaik-baik ummah.

Mereka yang mengajarkan Al-Quran dikira sebagai dakwah. Begitu juga dengan mereka yang berminat untuk mempelajari Al-Quran. Menuntut ilmu Allah itu merupakan satu usaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik. 

mengajar alquran

Beana HomeQuran menyediakan peluang untuk anda yang mahu menjadi guru Al-Quran untuk meneruskan dakwah rasul. Kelas pembelajaran Al-Quran Beana tidak meminta anda untuk keluar rumah waktu berbahaya COVID-19 ini kerana ia dijalankan secara atas talian sahaja. Klik saya mahu belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Semoga Allah meredhai segala usaha dakwah kita.