fbpx
jiwa

Jiwamu Lemah? Ini Cara Memperkuatkan Jiwa!

Cara Memperkuatkan Jiwa

jiwa

Jiwa dan semangat spiritual anda lemah? Hati manusia ibarat sehelai kain putih. Apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah atau ternodalah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika manusia selalu berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor atau hitam.

Jika hati nurani sudah kotor maka hati nuraninya akan terkunci dan akan sulit menerima petunjuk daripada Allah. Terdapat beberapa cara untuk menguatkan jiwa kita. Antaranya:

Zikir

berzikir

Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap cahaya jiwa. Hati yang selalu terisi dengan cahaya zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang positif. Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketenteraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan batinnya.

Dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju keikhlasan hati dan cahaya istiqamah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq. Dari sisi kekuatan jiwa, zikir merupakan cara membentuk dan memperkuat niat hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Dengan kata lain, zikir memiliki beberapa manfaat, antaranya: membentuk dan memperkuat kehendak, mempertajam batin, sekaligus bernilai sebagai ibadah. Zikir, ibaratnya boleh membersihkan kotoran yang melekat pada kaca dan membenarkan cahaya memancar keluar.

Dalam sebuah hadis: “Aku selalu menyertai dan membantunya, selama ia mengingat Aku”. Oleh itu, agar Allah sentiasa mengingati kita, perbanyaklah ingatlah Allah dengan selalu berzikir.

Doa

berdoa

Seseorang yang ingin memiliki kekuatan rohani dalam dirinya, hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada orang lain, disamping untuk diri sendiri dan keluarganya.

Cubalah dengan kita mendoakan seseorang yang kita kenal dimana orang itu sedang mengalami kesulitan. Menurut para Ahli Hikmah, seseorang yang mendoakan sesamanya maka reaksi doa itu akan kembali kepadanya. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa doa yang mudah dikabulkan adalah doa yang diucapkan oleh seorang sahabat Secara rahsia.

Mengapa? Ini disebabkan kerana doa itu diucapkan secara ikhlas. Keikhlasan memiliki nilai yang sangat tinggi. Kerana itu perbanyakkanlah berdoa atau mendoakan sesama yang sedang dirundung duka. Insya Allah reaksi dari doa itu akan kita rasakan terlebih dahulu, selanjutnya baru orang yang kita doakan.

Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad

Kita sudah selalu mendengar nasihat orang-orang tua kita bahawa kalau ada bahaya, kita disarankan salah satunya adalah untuk memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dengan mendoakan keselamatan kepada Nabi, Allah SWT akan mengutus para malaikat untuk mendoakan keselamatan kepada orang itu. Pada hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Ahmad, Nasa’I dan Hakim, Rasullullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang berselawat untukku sekali, maka Allah membalas selawat untuknya sepuluh kali dan meninggalkan sepuluh kesalahan dirinya dan meninggikannya sepuluh darjat”.

Bersedekah (Dermawan)

Selain untuk ibadah sosial, bersedekah juga memiliki pengaruh untuk menyingkirkan bahaya. Banyak hadis membahaskan tentang sedekah berkaitan dengan tolak bala. Dengan banyak bersedekah, seseorang akan memperoleh limpahan rezeki dan kemenangan. Dalam kehidupan bermasyarakat kita boleh melihat hikmah bersedekah ini. Seseorang yang memiliki jiwa dermawan amat disukai sesama masyarakat.

Sebagaimana dalam firman Allah surat At-Taubah ayat 103, yang bermaksud:

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dengan ini maka, jiwa kita akan kuat dan bersih dari dosa.

Selain itu, melatih diri untuk sentiasa membaca Al-Quran. Jika anda mahu belajar membaca Al-Quran, Beana HomeQuran sedia membantu. Perkhidmatan pembelajaran Al-Quran juga boleh dijalankan secara atas talian untuk seluruh peringkat umur! Klik saja saya nak belajar Al-Quran online! untuk maklumat lanjut.

Demikian beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk memperkukuh dan menguatkan jiwa kita. Semoga kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang kuat jiwa dan hatinya.