fbpx

Cara Mengajar Dan Belajar Iqra Dengan Mudah

Tips Mengajar Dan Belajar Iqra

Belajar iqra tak susah. Ini ada tips!

Iqra adalah buku pertama yang dapat membantu anak-anak mahupun dewasa yang belum mahir untuk memulakan membaca Al-Quran. Dengan belajar Iqra sebelum membaca Al-Quran, inshaAllah dapat menjadikan pembacaan Al-Quran anda lebih lancar mengikut tajwid yang betul. Berbanding dengan cara lain, membaca iqra dapat membantu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah untuk difahami, menarik dan menyeronokkan! Jadi, kali ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk mengajar dan belajar iqra.

Cara Mengajar Anak Membaca Buku Iqra

Bacaan Terus Tanpa Analisa & Dieja

Cara pertama adalah dengan bacaan secara terus, tanpa analisa dan dieja. Pelajar terus diperkenalkan dengan bunyi setiap satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran. Pelajar juga tidak perlu diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf tersebut dan tanda-tanda bacaan.

Penggunaan Teks Tertentu

Cara kedua adalah pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku iqra yang mengandungi 6 jilid. Jilid buku adalah mengikut tahap kepandaian dan kelancaran lebih tinggi jilidnya, lebih mencabar input pembacaannya. Pelajar diasingkan mengikut tahap masing-masing bermula dari jilid pertama. Dengan buku yang berwarna-warni untuk menarik minat pelajar untuk saling berlumba-lumba untuk menaikkan pembacaan ke jilid seterusnya. Ia juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu di kalangan pelajar.

Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif (CBMA)

Teknik pengajaran yang seterusnya adalah dengan cara belajar murid aktif. Dalam satu sesi pembelajaran, yang sepatutnya belajar adalah pelajar dan bukan guru-gurunya. Oleh itu, setelah guru menerangkan pokok pengajaran dan pelajar sudah jelas setelah mengulanginya beberapa kali, maka pelajar disuruh untuk membaca bahan berikutnya dengan sendirinya. Sekiranya bacaan pelajar tersebut salah atau mereka keliru akan sesuatu, jangan sesekali memarahinya, sebaliknya perbetulkan kesilapan tersebut dengan memberi peringatan bagaimana ia dibacakan. Contohnya seperti; “Cuba ulang lagi sekali cara bacaan” diikuti dengan cara bacaan yang betul.

Tahap Berasaskan Pencapaian Individu

Seterusnya, cara yang boleh digunakan adalah mengajar mengikut tahap pencapaian setiap individu. Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikut bahan pengajarannya adalah bergantung kepada kecekapan setiap individu pelajar tersebut dan peranan gurunya. Bagi memudahkan proses pembelajaran, penting untuk merekod setiap prestasi pelajar untuk dinilai dan pengesanan perlu disediakan.

Tenaga Pembimbing/Pembantu

Selain itu, pastikan seorang guru membimbing lima hingga ke enam orang pelajar sahaja dalam satu masa. Sekiranya keadaaan memerlukan, guru boleh meminta tolong pelajar tertentu untuk membantu dan menyemak bagi pelajar-pelajar lain yang diperingkat yang lebih rendah.

Praktis
belajar iqra

Praktis dengan kerap juga dapat membantu untuk melancarkan pembacaan iqra. Tujuan membaca iqra adalah supaya pelajar cepat belajar dan kelak akan lebih senang untuk membaca Al-Quran kerana sudah memahami penggunaan tajwid dan sebagainya. Soal teori dan ilmiah tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya untuk bertadarus Al-Quran. Istilah tajwid tidak diajar tetapi perlu dipraktikkan sebutannya setelah diajar semasa membaca iqra. Anda juga boleh ikuti Kaedah Belajar Membaca Al-Quran Sendiri untuk meningkatkan prestasi bacaan anda.

Sistematik

Buku iqra telah disusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Buku iqra cukup sistematik, bermula daripada mengenalkan huruf-huruf tunggal kepada pelajar, huruf-huruf sambung dan berirama (mad), kemudian huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga ke peringkat ayat yang bermakna. Ianya dicipta untuk memudahkan proses belajar iqra kerana konsepnya yang bersifat untuk mengukur peningkatan dan memudahkan pelajar membaca Al-Quran.

Komunikatif

Lingkaran petunjuk dan pengenalan dalam buku iqra adalah rapat dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan pelajar untuk mempelajarinya. Disusun dalam bahasa Melayu yang memudahkan pelajar untuk mengerti dan memahaminya. Selain itu, pembelajaran juga diajar secara berirama sejak awal lagi iaitu dengan penggunaan mad dibaca panjang dan tanpa mad dibaca pendek. Ia boleh menarik minat pelajar untuk terus belajar supaya berasa seronok untuk membaca dan mendengarnya.

Kelenturan dan Mudah

Buku iqra boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja bermula daripada kalangan kanak-kanak di usia tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, malah orang dewasa juga mahupun ibu bapa yang belum mahir membaca Al-Quran. Malah, pelajar yang baru sahaja tamat jilid 2 atau 3 juga boleh mengajar pelajar yang masih di peringkat jilid 1. Ianya dapat meningkatkan kemahiran yang mengajar dan juga yang belajar tersebut. Pelajar yang di ajar juga akan berasa lebih mudah untuk bertanya kepada pelajar yang mengajarnya itu kerana lebih selesa.

Cara Mengajar Anak Membaca Buku Iqra

Talaqqi Musyafahah

Akhir sekali, cara yang boleh digunakan untuk belajar iqra dengan lebih efektif adalah dengan cara Talaqqi Musyafahah. Kaedah ini telah digunakan sejak dahulu lagi, iaitu dengan belajar bersama guru secara berdepan atau secara langsung. Seperti mana yang telah dilakukan oleh Jibril AS kepada Rasulullah SAW. Jibril membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci Al-Quran dan didengari oleh Rasulullah SAW kemudian Rasulullah meniru bacaan tersebut sambil diperhatikan oleh Jibril. Kaedah ini boleh dipraktikkan ketika anda mahu belajar iqra buat kali pertama.

Diharap dengan beberapa cara dan kaedah yang telah diterangkan di atas dapat membantu anda atau anak-anak anda untuk belajar iqra dengan lebih mudah.

 

Anda susah untuk khusyuk solat ?

✨KELAS WEBINAR PERBAIKI SOLAT 6.0✨
===================================

Beana membuka peluang untuk anda yang ingin belajar memahami dan menghayati solat fardhu hanya secara Online

Kenapa anda perlu join kelas ini ?
✅ Pengertian, hikmah, adab-adab solat dan kepentingan solat
✅ 13 rukun dan syarat-syarat solat (rukun hati, bacaan dan perbuatan)
✅ Cara memahami dan menghayati ketika solat
✅ Cara mendapat kekhusyukan di dalam solat
✅ Kesilapan-kesilapan umum dan perkara yang membatalkan solat
✅ Perkara-perkara yang melalaikan solat

Inshaallah kami boleh bantu dengan Webinar Perbaiki Solat

Tarikh : BERMULA 17/9/2022 (SETIAP SABTU)
Tempoh : 3 BULAN (12 SESI)
Masa : 8:00 a.m. – 10:00 a.m.
Platform: Zoom

Ingin mengetahui lebih lanjut?
Klik link untuk direct whatsapp 👇🏻👇🏻👇🏻
http://www.wasap.my/601128337065/sayanakdaftarkelassolat