fbpx
kelas mengaji dewasa

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa

Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa

Beana Home Quran Sdn Bhd menyediakan kelas mengaji Al-Quran dan asas fardhu ain. Beana juga ada perkhidmatan mengajar mengaji secara persendirian iaitu dari rumah ke rumah. Kami juga turut menjalankan perkhidmatan mengajar mengaji secara berkumpulan kecil dan juga kumpulan besar yang mengandungi 6 orang paling maksimum.

kelas mengaji dewasa

Segala aktiviti belajar mengaji boleh dilakukan di rumah atau di pejabat ataupun di mana-mana tempat yang bersesuaian. Dengan berkonsepkan talaqi iaitu perjumpaan atau pertemuan yang berasaskan pengajian ilmu Islam yang disampaikan kepada kanak-kanak, remaja dan juga dewasa untuk lebih fokus serta tekun dalam pembelajaran membaca Al-Quran dan ilmu fardhu ain.

Tenaga pengajar yang berdaftar dengan kami juga mempunyai lebih daripada 100 orang yang mengajar di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pusat pengajian bergerak Beana Home Quran, iaitu pusat pembelajaran kami terletak di Kota Damansara, Selangor. Pusat pembelajaran kami ini kedudukannya sangat strategik kerana ianya terletak di antara Subang dan Petaling Jaya. Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami, bolehlah terus mendaftar dan belajar mengaji di sini.

Tidak menjadi masalah sekiranya anda tidak tinggal berdekatan dengan kawasan pusat pengajian kami. Ini kerana perkhidmtan utama kami adalah mengajar mengaji secara persendirian dari rumah ke rumah. Juga disediakan perkhidmatan mengaji atas talian. Beana Home Quran mempunyai ramai tenaga pengajar yang sudi dan sanggup untuk ke rumah anda atau tempat yang anda cadangkan demi mengajar ilmu Al-Quran kepada anda.

Apa Yang Beana Tawarkan?

Beana Home Quran menawarkan 50 jam membaca Al-Quran mengikut kaedah-kaedah tertentu. Antara salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh Beana Home Quran adalah dengan menggunakan flash card yang direka khas untuk mengekalkan kefahaman melalui rangsangan pergerakan. Kami menjanjikan selepas 50 jam pembelajaran membaca Al-Quran ini, anda pasti akan mudah memahami dan ingat apa yang dipelajari.

Selain itu, pelajar juga akan turut didedahkan dengan penggunaan gajet. Dengan menggunakan gajet ini pelajar akan diajar membaca melalui slideshow. Tidak lupa juga, pelajar akan diberikan workbook dan buku latihan untuk menarik lebih banyak fokus dan perhatian. Di samping itu, dengan penggunakan kaedah ini juga, minat pelajar membaca Al-Quran juga dapat dipupuk.

Seterusnya, Beana Home Quran juga memiliki jadual untuk memupuk minat membaca Al-Quran secara tertib. Kami menyediakan jadual yang sesuai mengikut keselesaan dan kesesuaian pelajar supaya pelajar sentiasa ingat untuk mengulangkaji serta mengingati apa yang telah dipelajarinya ketika kelas mengaji Al-Quran tersebut.

Di samping itu, pihak Beana Home Quran juga turut menawarkan kelas asas Fardhu Ain secara percuma. Kelas Fardhu Ain ini diadakan mengikut kehendak pelajar. Kebiasaanya, tenaga pengajar Beana Home Quran akan mengajar kelas Fardhu Ain ini setelah tamat sesi pengajian ilmu Al-Quran.

Ini kerana ilmu fardhu ain ini saling berkaitan dengan ilmu Al-Quran. Disebabkan itulah kami menawarkan kelas Fardhu Ain ini secara percuma supaya anda akan lebih mengerti dan mudah fahami dalam pembelajaran ilmu Al-Quran dan tajwidnya.

Pada setiap minggu pula, kami akan menyediakan laporan pembelajaran dan pengajaran pelajar tersebut. Laporan ini akan diberikan dengan bertujuan untuk mengetahui peningkatan prestasi pelajar sama ada terdapat peningkatan ataupun masih berada di tahap yang sama. Kebiasaannya, pelajar-pelajar kami akan menunjukkan peningkatan pada setiap minggu pembelajaran dijalankan.

Pakej Yang Ditawarkan

Beana Home Quran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk orang dewasa dan remaja. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji orang dewasa iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar.

Kedua-dua pakej di atas merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu ain dan juga pembelajaran asas hafazan. Pembelajaran kelas ini sangat fleksibel dan dilakukan secara one to one. Pakej ini hanya RM 70 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 80 sejam setiap seorang.

Pembelajaran akan dilakukan mengikut sukatan pembelajaran yang telah disediakan yang mengikut kaedah-kaedah tertentu. Rekod pembelajaran bulanan akan dikemukakan pada akhir bulan untuk mengetahui prestasi pelajaran tersebut. Selain itu juga, ujian penilaian akan dilakukan pada setiap tiga bulan.

Selain itu, kami juga turut menawarkan dua pakej lengkap untuk remaja untuk 1 ke 2 orang dan 3 ke 4 orang pelajar. Segala kelas dan pembelajaran adalah sama seperti pakej pengajian untuk orang dewasa. Kesemua pakej ini dilakukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Beana Home Quran.

Pakej ini hanya RM 65 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 75 sejam setiap seorang.

Beana Home Quran juga turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan iaitu termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pembelajaraan berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Pakej berkumpulan ini adalah untuk 5 ke 10 orang. Ianya hanya RM 125 ke RM 250 untuk 2 jam sahaja.

Kelas Tasmi'

Kelas Tasmi’ akan diajarkan oleh tenaga pengajar yang telah menghafal Al-Quran dan merupakan pakar bidang hafiz. Didikan akan dilakukan melalui kaedah Takrar iaitu mengikut ulangan yang betul. Kelas Tasmi’ ini akan memudahkan menghafal dengan memiliki guru secara persendirian. Kelas ini mendedahkan Al-Quran dalam bentuk kefahaman dan bukan hafalan semata-mata.

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu Ain pula mendedahkan ilmu Fiqh berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Di dalam kelas ini, setiap perbuatan dan amalan yang diajarkan adalah berdasarkan hadis. Ia memberikan kefahaman yang mendalam mengenai mazhab As-Syafie.

Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab juga turut ditawarkan oleh Beana Home Quran. Di dalam kelas ini, kami akan menddedahkan pembelajaran bahasa arab dengan mudah tanpa menghafal. Latihan bahasa Arab adalah mengikut silibus Universiti Saudi. Pelajar akan didedahkan dengan konsep memahami dhamir tanpa menghafal.

Kelas Tahsin Ibadah

Kelas ini akan merangkumi pembelajaran dan pendedahan tentang solat jemaah. Selain itu, ia akan memperjelaskan tentang hadis dan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita.

Lokasi Beana Home Quran

Beana Home Quran setakat ini telah ‘cover’ di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti Puncak Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Bandar Klang, Banting, Dengkil, Bangi, Serdang, Kajang dan Hulu Langat.

Jadi, sekiranya anda berminat, apa tunggu lagi, daftar sekarang sebagai pelajar di website kami mengikut pakej yang anda inginkan. Beana Home Quran mempunyai pakej yang sesuai untuk anda sama ada dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Anda juga tidak perlu bersusah payah menghadap traffic jam untuk pergi ke kelas mengaji, biar kami yang datang ke rumah anda. Anda juga lebih selesa serta memudahkan dan menjimatkan masa anda. Suasana pembelajaran juga lebih selesa dan menyenangkan anda untuk menumpukan tumpuan sepenuhnya dan mempercepatkan pemahaman.