Doa Harian Yang Mudah Untuk Anda Hafal
Doa harian? Pentingkah mengamalkan doa harian ni?
Selain bertindak sebagai medium komunikasi secara terus daripada hamba kepada Tuhannya, doa juga merupakan simbol penghambaan diri seseorang hamba.
Seberapa kerap anda amalkan doa harian dalam hari-hari anda?

Memanjatkan doa dalam setiap perkara yang kita lakukan menunjukkan rasa rendah diri dan kekerdilan kita sebagai hamba yang sentiasa bergantung kepada rahmatNya.
Oleh itu, segala perkara yang anda lakukan pada setiap hari perlu disandarkan hanya kepada Allah.
Di sini, saya kongsikan beberapa untaian doa harian mudah dihafal yang boleh anda baca pada setiap hari. Jom sama-sama kita amalkan!
Doa Bangun Tidur

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan daripada tidur) dan hanya kepadaNya kami dikembalikan.
Hadis riwayat Muslim
Doa Selepas Makan
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِيْ هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلَا قُوَّةٍ
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memberikan makan ini kepadaku dan yang memberi rezeki ini kepadaku tanpa daya dan kekuatanku.
Hadis riwayat Abu Daud & Tirmizi
Doa Masuk Tandas
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِث
Maksudnya: Dengan namaMu Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
Doa Keluar Rumah
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepadaNya. Dan tiada daya dan serta upaya kecuali dengan keizinan Allah.
Hadis riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi
Doa Naik Kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
Surah Az-Zukhruf: 13 & 14
Doa Sebelum Tidur
بِسْمِكَ اللَّهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ
Maksudnya: Dengan menyebut namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.
Hadis riwayat Muslim
Untaian doa harian yang dikongsikan di atas diambil daripada buku Doa-Doa Ma’thur Dari Sunnah yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Anda juga boleh muat turun buku ini secara percuma di sini untuk ketahui banyak lagi doa dan zikir harian yang boleh anda amalkan.
Anda boleh perdengarkan ilmu tentang doa yang sering Rasulullah SAW baca melalui video di bawah:
Jika anda ingin mempelajari Al-Quran bersama guru yang bertauliah, anda boleh klik saya nak belajar Al-Quran online!
Semoga bermanfaat.
Wallahua’lam.