fbpx
surah alkahfi

Pengajaran Daripada Surah Al-Kahfi

4 Pengajaran Daripada Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi termasuk antara lima buah surah yang dimulakan dengan hamdalah atau tahmid. Iaitu, untaian puji-pujian dan sanjungan kepada Allah SWT. 

Pada setiap hari Jumaat, seluruh umat Islam sangat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi ini sebagai amalan. 

Kenapa ya?

surah alkahfi

Ini kerana intipati surah Al-Kahfi ini mencerminkan tentang realiti kehidupan kita pada zaman sekarang.

Walaupun kisah-kisah yang diceritakan telah berlaku ratusan tahun dahulu, namun cabaran dan dugaan yang masyarakat dunia hadapi sekarang adalah sama. Iaitu cabaran dan dugaan kita bagi menghadapi pelbagai jenis fitnah akhir zaman. 

Berikut adalah 4 pengajaran yang boleh anda dapati melalui pemerhatian dan kajian isi surah Al-Kahfi. Jom sama-sama kita ambil iktibar! 

Sentiasa berdamping dengan orang soleh

Melalui kisah pemuda Ashabul Kahfi yang ditidurkan oleh Allah selama beratus tahun dalam sebuah gua setelah mereka melarikan diri daripada pemerintahan raja yang zalim dan kufur menjelaskan tentang fitnah berkaitan agama.

Melalui kisah ini, antara pengajaran yang boleh anda ambil untuk menyelamatkan diri anda daripada dibelenggu fitnah berkaitan agama pada zaman sekarang adalah dengan cara mengikat tali persahabatan bersama orang-orang soleh. Belajarlah bersama mereka yang mempunyai ilmu agama yang sahih dan perbanyakkan mengingati akhirat. 

Kehidupan dunia tidak kekal

Fitnah berkaitan harta juga ada diceritakan dalam surah Al-Kahfi melalui kisah pemilik dua buah kebun.

Pengajaran yang boleh anda dapati daripada kisah itu adalah hakikat kehidupan di dunia hanyalah sementara. Termasuklah segala isi dunia yang anda miliki sekarang, seperti kekayaan harta benda, zuriat dan keturunan. Semuanya bakal lenyap apabila tiba masanya.

Sekaligus, kisah ini memberi kita peringatan tentang hakikat kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.

Tanamkan sifat rendah diri dan sabar menuntut ilmu

Melalui kisah Nabi Musa AS bersama seorang hamba Allah yang soleh yang bernama Khidir AS pula menceritakan tentang fitnah berkaitan ilmu.

Daripada kisah ini, antara cara untuk menyelamatkan diri anda daripada fitnah berkaitan ilmu ini adalah dengan cara menanamkan sifat tawadhu’ dan rendah diri dalam jiwa. Ini bagi mengelakkan tersemainya benih takbur dan riak akan ilmu yang anda miliki.

Selain itu, anda juga perlu bersabar dalam perjalanan menuntut ilmu. Walaupun banyak liku dan onak durinya, bersabarlah. Mengambil mutiara kata daripada Imam Syafi’i, jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan.

Meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah
pemerintah

Melalui kisah pemerintah yang adil bernama Zulqarnain yang terkandung dalam surah Al-Kahfi memberi peringatan yang paling penting buat seluruh umat manusia dalam kerja memerintah sesebuah kelompok masyarakat ataupun negara.

Bagi mengelakkan diri anda daripada fitnah berkaitan kuasa ini, anda perlu sentiasa menyedarkan diri sendiri dan mengakui keterbatasan upaya dan daya sebagai seorang manusia.

Sesungguhnya setiap perkara yang diusahakan oleh manusia tidak akan menemui kejayaan jika tidak didukung dengan bantuan dan rahmat daripada Allah. Pegangan inilah yang digenggam erat oleh Zulqarnain sebagai seorang pemerintah yang adil dan bertaqwa.

Galakan untuk membaca surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat adalah sebagai perisai bagi kita daripada dibelenggu fitnah-fitnah ini. Selain itu, anda boleh klik video di bawah untuk perdengarkan kelebihan amalan surah ini:

Banyak pengajaran yang terkandung dalam surah Al-Kahfi yang perlu digariskan dan diterapkan dalam diri kita. 

Pada akhir surah Al-Kahfi, Allah SWT menyatakan semua cabaran dan dugaan yang manusia hadapi terutamanya empat jenis fitnah yang dijelaskan di atas boleh ditangani dengan memperbanyakkan amal soleh. Dan paling penting, letakkan nilai keikhlasan melakukan amal soleh itu hanya kerana Allah.

alquran

Rujukan:

Nasir, M.S. & Rouyan, M.N. (2014). Qissah Quraniyyah Dalam Surah Al-Kahf Menyerlahkan Pengaran (Ibrah) Dan Fadilat Surah. ‘Ulum Islamiyyah Journal, 14, 131-156. Academia.edu

Anda susah untuk khusyuk solat ?

✨KELAS WEBINAR PERBAIKI SOLAT 6.0✨
===================================

Beana membuka peluang untuk anda yang ingin belajar memahami dan menghayati solat fardhu hanya secara Online

Kenapa anda perlu join kelas ini ?
✅ Pengertian, hikmah, adab-adab solat dan kepentingan solat
✅ 13 rukun dan syarat-syarat solat (rukun hati, bacaan dan perbuatan)
✅ Cara memahami dan menghayati ketika solat
✅ Cara mendapat kekhusyukan di dalam solat
✅ Kesilapan-kesilapan umum dan perkara yang membatalkan solat
✅ Perkara-perkara yang melalaikan solat

Inshaallah kami boleh bantu dengan Webinar Perbaiki Solat

Tarikh : BERMULA 17/9/2022 (SETIAP SABTU)
Tempoh : 3 BULAN (12 SESI)
Masa : 8:00 a.m. – 10:00 a.m.
Platform: Zoom

Ingin mengetahui lebih lanjut?
Klik link untuk direct whatsapp 👇🏻👇🏻👇🏻
http://www.wasap.my/601128337065/sayanakdaftarkelassolat