fbpx
bacaan sujud sahwi

Bacaan Sujud Sahwi dan Sebab Melakukannya

Bacaan Sujud Sahwi dan Sebab Melakukannya

bacaan sujud sahwi

Salah satu sifat manusia adalah lupa. Setiap Individu pasti akan terlupa atau pernah lupa. Sedangkan Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT juga tidak lari dari sifat ini. Manusia akan lupa bukan sahaja dalam kehidupan seharian, malah dalam solat juga. Disebabkan sifat kemanusiaan yang sering lupa, Allah SWT telah mensyariatkan hambaNya untuk melakukan bacaan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Bacaan Sujud Sahwi

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو

Maknanya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

Maksud Sujud Sahwi

Sahwi bermaksud lupa terhadap sesuatu atau meninggalkan sesuatu dengan tidak sengaja. Manakala, sujud sahwi dari segi syarak bermaksud kekurangan atau kecacatan yang dilakukan secara tidak sengaja atau terlupa oleh orang yang sedang melakukan solatnya.

Oleh itu, sujud sahwi bertujuan untuk menutup kesalahan dan kekurangan yang terjadi akibat kelupaan tersebut. Jadi, sujud ini merupakan dua sujud tambahan yang dilakukan selepas selesai Tahiyat akhir dan sebelum memberi salam.

Sebab Melakukan Sujud Sahwi

1. Meragui bilangan rakaat solat

Apabila individu mula ragu tentang solat yang dilakukan, sama ada terlebih rakaat, terkurang atau terlupa melakukan salah satu langkah solat, maka individu tersebut perlulah melakukan sujud sahwi.

2. Meninggalkan atau menambahkan rukun tanpa sengaja

Sekiranya individu  meninggalkan atau menambahkan salah satu rukun solat, maka individu tersebut perlulah melakukan sujud sahwi mengikut tertib solat dahulu.

3. Meninggalkan sunnah ab’ad tanpa sengaja

Ianya memadai untuk melakukan sujud sahwi sekiranya individu meninggalkan sunat-sunat ab’ad tanpa sengaja contohnya, terlupa membaca doa qunut dalam solat subuh atau terlupa duduk atau membaca bacaan-bacaan tasyahud awal.

4. Memindahkan rukun solat atau bacaan khusus bukan pada tempatnya tanpa sengaja

Bagi sesiapa yang memindahkan rukun solat atau bacaan khusus bukan pada tempatnya tanpa sengaja, maka ianya perlu melakukan sujud sahwi. Contohnya, membaca al fatihah dalam sujud tanpa sengaja.

Anda boleh klik video di bawah untuk mengetahui dengan lebih tentang sujud sahwi dan cara-cara melakukannya juga.

Sekiranya anda mempunyai kekeliruan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang solat, Ustaz Barry sedia membantu anda. Klik link ini untuk soal jawab sesi bersama Ustaz Barry sekarang!

Ustaz Barry