fbpx
makna doa qunut

Makna Doa Qunut yang Kita Perlu Tahu

Makna Doa Qunut yang Kita Perlu Tahu

makna doa qunut

Doa Qunut; doa yang kita selalu lupa untuk baca ketika menunaikan solat subuh dan di antara doa yang susah untuk kita hafal. Ramai menganggap doa qunut sebagai doa yang susah untuk dihafal kerana tidak tahu dan cuba untuk memahami makna doa qunut.

Apa maksud “Qunut”?

Qunut dalam Bahasa Arab bermaksud berdiri lama, doa, taat dan khusyuk. Manakala dalam istilah pula, ia bermaksud membaca doa di dalam solat ketika sedang berdiri.

Apakah maksud doa qunut dan kenapa kita perlu tahu dan hayatinya?

Bacaan doa qunut adalah doa yang perlu dibaca ketika solat subuh kerana ia memberi makna yang sangat besar. Doa qunut adalah doa untuk kita memohon petunjuk, pertolongan dan pengampunan daripada Allah SWT. Allah SWT telah memudahkan hambanya untuk berdoa dan memohon pertolongan dan keampunan kepadanya pada setiap pagi ketika solat subuh melalui doa qunut. Ini merupakan satu peluang untuk kita berdoa sebelum memulakan pekerjaan atau aktiviti harian pada setiap hari.

Mengikut Mazhab Syafie, hukum membaca doa qunut adalah sunat Muakad yang dituntut. Sekiranya, tertinggal atau terlupa membaca doa qunut, solat kita tidak akan terbatal tetapi kita telah disunatkan untuk melakukan sujud Sahwi.

Jika kita memahami makna doa qunut, kita akan merasakan bahawa doa qunut ini merupakan doa yang merangkumi segala aspek kehidupan yang kita perlukan bagi memulakan kehidupan kita di setiap hari. Secara ringkasnya, doa ini merangkumi doa untuk memohon keampunan, kesihatan, petunjuk, perlindungan, kemuliaan  dan kesejahteraan kepada Nabi dan sahabat-sahabatnya.

Betapa indahnya doa qunut untuk kita hayati dan amalkan setiap pagi. Marilah kita bersama-sama menjadikan doa qunut sebagai kewajipan untuk dibaca setiap pagi di dalam solat subuh. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan menghayati makna doa qunut atau bacaan-bacaan doa solat yang lain dan cara untuk perbaiki solat, Beana HomeQuran akan mengadakan Kelas Webinar Perbaiki Solat Beginner 6.0 bersama Ustaz Barry.

makna doa qunut

Bagi yang berminat, atau inginkan info dengan lebih lanjut mengenai Kelas Webinar Perbaiki Solat Beginner 6.0 Bersama Ustaz Barry, boleh mendaftarkan diri di link ini http://www.wasap.my/601128337065/sayanakdaftarkelassolat. Selamat Mendaftar!