fbpx
solat

Kelebihan Kem Solat

Kelebihan Kem Solat

solat

Islam telah menyuruh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun.
 
Sepertimana sabda Rasulullah, “Perintahkanlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10 tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”. (H.R Abu Daud, Al-Hakim & Tirmizi)

Program kem solat adalah salah satu cara untuk membantu ibu bapa yang berkerjaya dan mempunyai kekangan masa bagi memastikan anak-anak mereka belajar cara-cara mengerjakan sembahyang.

Apakah Kelebihan Kem Solat?

Terdapat beberapa kelebihan aktiviti kem solat kepada anak-anak. Salah satu caranya adalah mereka dapat mempelajari dan memperbaiki cara mengambil wuduk yang sempurna. Mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang rukun, perlaksanaan, dan perkara yang membatalkan wuduk. Wuduk yang sempurna akan memastikan sembahyang kita diterima oleh Allah SWT. 

Selain itu, aktiviti kem ini juga akan menerangkan secara terperinci tentang sembahyang kepada anak-anak. Mereka akan diajar dengan lebih mendalam tentang teori dan praktikal. Pembelajaran secara praktikal mudah difahami dan diingati. Ia dapat membantu mereka untuk lebih mudah memahami ilmu yang dipelajari. Beban ibu bapa untuk mengajar anak mereka dengan cara sembahyang yang betul dapat dikurangkan.

Dengan konsep ‘Fun Learning Environment’, anak-anak dapat mempelajari cara-cara untuk sembahyang dengan lebih menarik dan seronok. Ini kerana mereka dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan baru. Mereka dapat melakukan aktiviti yang bermanfaat secara berkumpulan. Program kem ini, dapat memberikan kesan yang positif kepada anak-anak.

Banyakkan manfaat kem solat ini? Sekiranya ibu bapa berminat untuk menghantar anak-anak mereka, Beana HomeQuran akan mengajurkan KEM SOLAT KANAK-KANAK BEANA untuk umur 7 hingga 12 tahun. Program ini akan dilaksanakan pada 8 September 2022, hari khamis di Surau Al Ulum.

Bagi yang berminat, atau inginkan info dengan lebih lanjut, anda boleh mendaftarkan diri di link ini http://www.wasap.my/601152234111. Selamat Mendaftar!