fbpx
Khusyuk

3 Kepentingan Khusyuk Dalam Solat

3 Kepentingan Khusyuk Dalam Solat

Khusyuk dalam solat

Rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua Umat Islam adalah solat. Mendirikan solat telah diperintahkan oleh Allah SWT semenjak peristiwa besar dalam Islam yang dilalui oleh Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Kita hendaklah mendirikan solat sebagai tanda patuh dan hormat kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Sebagai tanda hormat dan ketaatan kita kepadaNYA, kita haruslah berusaha memperolehi khusyuk di dalam solat.

Di sini, saya akan kongsikan 3 kepentingan khusyuk dalam solat.

Menyempurnakan pahala solat

Sebagai seorang umat Islam, kita hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan pahala untuk dibawa sebagai bekalan di alam barzakh. Amalan pertama yang akan disoal di akhirat nanti adalah amalan solat. Sekiranya amalan solat gagal, amalan-amalan lain tidak akan dipandang. Amatlah penting untuk umat Islam menjaga solat dan dapat melaksanakan solat yang khusyuk. Sekiranya gagal mendapatkan solat yang khusyuk, maka pahala yang diperolehi hanya akan bersesuaian dengan kualiti solat yang dilakukan.

Sebagai ukuran kejayaan bagi orang beriman

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ١ ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ ٢

“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya”

[Al-Mu’minun 23:1-2]

Seperti ayat surah Al-Mu’minun yang pertama dan kedua di atas, sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang beriman yang khusyuk dalam solatnya. Bagi sesiapa yang merasakan Allah SWT belum memberi kejayaan kepadanya, berkemungkinan salah satu penyebabnya adalah kerana tidak khusyuk di dalam solat. Jadi, amatlah penting untuk seseorang itu menjaga kekhusyukan di dalam solatnya agar berjaya di dunia dan di akhirat.  

Mendapatkan jaminan syurga

Setiap muslim hendaklah khusyuk dalam mengerjakan solat supaya ianya dapat menyempurnakan solat mereka. Sesiapa yang khusyuk dan sempurna solatnya akan diberikan ganjaran syurga. Tetapi, bukan mudah untuk memperoleh kekhusyukan ketika solat. Ianya tidak akan datang dengan sendirinya. Jadi, sebagai seorang muslim, kita hendaklah berusaha mendapatkan khusyuk ketika solat supaya kita memperolehi jaminan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Marilah kita sebagai umat Islam memperbaiki solat kita dan bagi membantu anda semua untuk memperolehi khusyuk dalam solat, Beana HomeQuran akan mengadakan Webinar Percuma “Bangkit Bantu Diri Khusyuk Solat” Bersama Ustaz Barry.

khusyuk dalam solat

Bagi yang berminat, atau inginkan info dengan lebih lanjut mengenai Webinar Percuma “Bangkit Bantu Diri Khusyuk Solat” Bersama Ustaz Barry, boleh mendaftarkan diri di link ini https://ustazbarry.com/webinar-solat/. Selamat Mendaftar!