fbpx
Mengaji

Faedah Kelas Mengaji Online

Faedah Kelas Mengaji Online

Mengaji

Al Quran adalah salah satu tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Dengan membaca Al Quran, jiwa kita tidak akan rasa kosong dan dapat membuatkan hidup kita menjadi lengkap. Jadi, bagi seorang muslim, kita diwajibkan untuk menuntut ilmu Al Quran. Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai cara untuk kita belajar Al Quran. Cuma kita sahaja yang perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu tersebut. Salah satu cara untuk belajar mengaji ialah belajar secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai Online.

Di sini, saya akan berkongsi faedah-faedah mengaji secara online.

Fleksibiliti Tempat dan Masa

Belajar mengaji secara online dapat memberi faedah dari segi fleksibiliti tempat dan masa. Pembelajaran secara online dapat membolehkan pelajar untuk memilih tempat dan masa yang selesa untuk mereka belajar membaca Al Quran secara online. Dengan itu, ia dapat membuatkan sesi pembelajaran menjadi lebih mudah dan dapat menggalakkan para pelajar lebih fokus untuk belajar.

Penjimatan Kos Mengaji Online

Dengan mengaji secara online, ia dapat menjimatkan kos dengan mengurangkan keluaran kos duit seperti kos minyak, pengangkutan, makan dan minum dan lain-lain. Sekiranya pembelajaran secara online dijalankan, pelajar hanya memerlukan gajet yang sesuai, dan boleh belajar di mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing. Selain itu, dari segi buku rujukan para pelajar boleh mendapatkannya dari bentuk ‘Ebook’ untuk memudahkan pelajar belajar mengaji dengan senang dan mudah. Di Beana Home Quran, Modul Smart Jazary dan Smart Fardhu Ain telah diperkenalkan dalam pelbagai bentuk seperti buku dan ebook untuk memudahkan pelajar belajar dengan senang.

Mengaji
Mengaji

Kaedah Mengaji Online

Dengan adanya kelas pembelajaran secara online, ia dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk menuntut ilmu. Mereka boleh memilih untuk belajar sama ada secara ‘one to one’ atau berkumpulan. Di Beana Quran Online kelas, terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Quais dan Pakej Jayyid. Pakej Quais sesuai untuk mereka yang mencari kelas mengaji online ‘one to one’ manakala Pakej Jayyid sesuai untuk mereka yang mahu belajar secara berkumpulan seramai satu hingga empat orang.

Bagi yang berminat, atau inginkan info dengan lebih lanjut mengenai Beana Quran Online kelas, boleh hubungi Puan Kiftiah di sini http://www.wasap.my/601128337065. Selamat Mendaftar!