fbpx
bacaan al fatihah

Bacaan Al Fatihah Yang Betul Dalam Solat

Bacaan Al Fatihah yang betul dalam Solat

bacaan al fatihah

Bacaan al fatihah adalah salah satu bacaan rukun qauli. Rukun qauli adalah bacaan yang wajib dibaca di dalam solat. Disebabkan ini, surah al fatihah wajib dibaca pada setiap rakaat mengikut tertib.

Surah Al Fatihah dan Terjemahan

bacaan al fatihah

Maksudnya:

Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, buka (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sekiranya, surah al fatihah tidak dibaca dengan betul ketika solat, maka solatnya tidak sah dan perlu dibuat sekali lagi. Amatlah penting untuk semua umat Islam mengetahui cara bacaan salah satu rukun qauli iaitu surah al fatihah yang betul.

Cara membaca Surah Al Fatihah

Setiap umat Islam disyaratkan untuk melafazkan kesemua rukun qauli dalam solat sehingga mengeluarkan suara dengan kadar yang boleh didengari oleh dirinya  sendiri. Cara bacaan yang paling minimum untuk rukun qauli menurut Imam al-Nawawi adalah ianya hanya boleh didengari oleh diri sendiri. Surah al fatihah adalah salah satu contoh rukun qauli yang perlu dibaca dengan lisan.

Anda boleh klik video di bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan kadar bacaan surah al fatihah dalam solat:

Surah Al Fatihah adalah surah yang merupakan rukun atau tiang solat bagi solat lima waktu dan solat-solat sunat. Oleh yang demikian, kita perlu menjaga bacaannya terutama hukum tajwidnya kerana tidak sah solat sekiranya bacaan tidak betul. Sekiranya penggunaan tajwid di dalam surat al fatihah salah, bacaan itu boleh mengubah maksud dan menyebabkan solat kita tidak diterima. Jadi, ketika melafazkan surah al fatihah dalam solat, kita perlu memastikan ianya dibaca dengan tajwid yang betul.

Anda boleh klik video di bawah untuk pendengarkan cara bacaan surah al fatihah yang betul:

Jika anda ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang Surah Al Fatihah dan Solat, Beana HomeQuran sedia membantu. Beana HomeQuran akan mengadakan Kelas Webinar Perbaiki Solat 6.0 (Beginner) Bersama Ustaz Barry.

solat

Anda boleh Whatsapp kami untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan tentang kelas ini. In shaa Allah, kami sedia membantu.