fbpx
solat

4 Tatacara Solat Fardhu dengan betul?

4 Tatacara Solat Fardhu dengan betul

Adakah penting untuk kita menunaikan solat fardhu dengan cara yang betul?

Ya, sangat penting.

Sabda Rasulullah S.A.W:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ

Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”.

[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam kitab Syu’ab al-Iman]

Kita wajib menunaikan solat dengan cara yang betul kerana solat adalah tiang agama bagi umat Islam. Segala kebaikan yang dilakukan akan sia-sia sekiranya meninggalkan solat. Di sini, saya akan kongsikan 4 tatacara solat fardhu dengan betul secara ringkas.

4 tatacara Solat fardhu dengan betul adalah:

  1. Berdiri
  2. Rukuk
  3. Sujud
  4. Tahiyat Akhir

BERDIRI

solat fardhu

Ketika berdiri, anda hendaklah mengangkat kedua-dua belah tangan dan mengucapkan Allahuakbar. Kemudian, tangan hendaklah diletakkan di atas perut di antara aras dada dan pusat. Tangan kanan hendaklah diletakkan di atas tangan kiri dan badan hendaklah berdiri tegak. Wajah anda juga hendaklah memandang kearah tempat sujud.

RUKUK

solat fardhu

Ketika melakukan solat fardhu; rukuk hendaklah dilakukan dengan tunduk dalam keadaan 90 darjah dimana kedudukan kedua-dua belah tangan hendaklah di atas lutut. Pandangan hendaklah dihalakan ke tempat sujud dan ketika hendak rukuk, anda perlu mengucapkan takbir.

SUJUD

Sebelum sujud mulakan dengan bertakbir sambil menurunkan badan dan memastikan 7 anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut, dan hujung jari-jemari kedua-dua kaki menyentuh tempat sujud.

TAHIYAT AKHIR

solat fardhu

solat fardhu

Bertakbir ketika bangun dari sujud yang kedua dalam rakaat terakhir dan duduk tawaruk. Duduk tawaruk adalah kaki kiri hendaklah diletakkan dibawah kaki kanan, manakala tangan diletakkan di atas paha selaras dengan lutut berserta tamakninah.

Nampak mudahkan cara untuk kita menunaikan solat? Tapi, ianya bukan semudah yang disangka. Ketelitian dalam menunaikan solat itulah yang penting dan perlu diberi perhatian agar solat kita diterima oleh Allah SWT.

Marilah kita sama-sama memperbaiki tatacara solat fardhu kita.

 

Petikan ayat Al-Quran berkenaan Solat Fardhu:

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا ارۡكَعُوۡا وَاسۡجُدُوۡا وَ اعۡبُدُوۡا رَبَّكُمۡ وَافۡعَلُوۡا الۡخَيۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُوۡنَ۩ ۚ‏

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

[Surah Al Hajj: 77]

 

Kelas Solat Intensif bersama Ustaz Barry

Anda nak daftar kelas solat intensif Ustaz Barry

Hubungi nombor whatsapp dibawah

http://www.wasap.my/601128337065