fbpx
infaq

Kelas Asas Al Quran Kanak kanak

Kelas Asas Al Quran Kanak kanak

“Sejuk perut ibu yang telah mengandungkan anak yang soleh dan solehah”. Itulah kata-kata yang seringkali disebut oleh ibu bapa di luar sana apabila anaknya mendengar kata, menjaga solat dan pandai mengaji Al Quran. Siapa yang tidak mahukan anaknya menjadi soleh dan solehah, bukan? Jadi, kepada ibu bapa yang masih belum menjumpai kelas asas Al Quran kanak kanak, tidak perlu risau. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat satu organisasi yang menyediakan kelas mengaji Al Quran khusus untuk kanak-kanak.

Beana Home Quran merupakan satu organisasi yang menyediakan pelbagai kelas Agama di seluruh Malaysia untuk kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Kelas Agama ini dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Selain itu, Beana Home Quran juga menawarkan pakej pembelajaran Al Quran yang direka khas untuk meningkatkan bacaan dan pemahaman pelajar tentang Al Quran.

Pembelajaran kelas asas Al Quran kanak kanak yang disediakan ini dipercayai boleh menjadi menarik dan menyeronokkan.

Syarat-syarat Mendaftar Kelas Beana Home Quran untuk Kanak kanak

Sebelum anda membuat pendaftaran untuk anak anda, pastikan anda membaca terlebih dahulu kriteria yang disediakan oleh Beana Home Quran seperti di bawah:

  1. Terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 9 hingga 12 tahun.
  2. Kelas pembelajaran Al Quran akan dijalankan tiga kali seminggu, iaitu pada setiap hari Isnin, Rabu, dan Jumaat.
  3. Kelas asas Al Quran kanak kanak ini akan bermula pada jam 8 malam sehingga 10 malam.
  4. Pembelajaran ini terhad kepada 15 orang pelajar sahaja.
  5. Yuran yang ditawarkan juga amat berpatutan, iaitu sebanyak RM180 seorang.
  6. Lokasi kelas asas Al Quran akan diadakan di Beana Quran Center, Seksyen 5 Kota Damansara. Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk cari lokasi tersebut di pautan ini.

Apa Manfaat Pembelajaran Al Quran untuk Kanak kanak?

“Bacalah. Sebutlah dengan nama Tuhan Yang Menciptakan segala kejadian di dunia…”

Sumber: Youtube – Apa yang Kau Tahu: Rabbani

Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Rabbani ini menceritakan bagaimana kejadian yang berlaku kepada Rasulullah SAW. Kejadian tersebutlah dikenali sebagai peristiwa Rasulullah mendapat wahyu di Gua Hira.

Firman Allah dalam Surah al-Alaq, Allah menyuruh hamba-Nya untuk membaca Al Quran. Hal ini kerana, Al Quran merupakan satu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat.

Kepada ibu bapa yang menginginkan anaknya celik Al Quran, ajarlah anak untuk membaca Al Quran. Jika anda tidak mencukupi masa untuk mengajar anak, anda boleh menghantar anak anda belajar dengan Beana Home Quran. Tambahan pula, kelas ini memberi banyak manfaat kepada pelajarnya.

Antara manfaatnya:

Fokus One to One Mengaji | Kelas Asas Al Quran Kanak kanak

One to one antara pelajar dan qutor memudahkan qutor untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pelajar. Manfaat daripada pembelajaran one to one ini, qutor dapat mengesan kesalahan dan kelemahan pelajar. Misalnya, pelajar salah menyebut huruf hijaiyah atau tajwid.

Oleh hal yang demikian, fokus one to one ini membolehkan qutor membetulkan secara terus kesalahan pelajar dan sekali gus, pelajar dapat tahu di mana kesalahan yang dilakukan

Konsep Pembelajaran “Fun Learning” dan “Stress Free

Kelas  yang berkonsepkan “Fun Learning” ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana kanak-kanak mudah dan cepat bosan apabila duduk dengan lama. Walaupun pembelajaran Al Quran adalah berasaskan konsep “Fun Learning“, namun, masih lagi menekankan pembelajaran fardu air secara teori dan praktikal.

Marilah tonton video di bawah ini untuk tahu cara pembelajaran “Fun Learning”. Pasti anda teruja nak mendaftar anak-anak dengan segera di Beana Home Quran!

Tonton video !

“Stress Free” yang dimaksudkan ialah pembelajaran secara santai tetapi penuh dengan pengajaran. Sebagai contoh, menggunakan “Flash Card” huruf hijaiyah. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak akan berasa teruja untuk mempelajari Al Quran bersama Beana Home Quran.

kelas asas ngaji

Kelas asas Al Quran kanak kanak yang menyeronokkan.

Pembelajaran Step-by-Step (Mengikut Tahap Pembelajaran Pelajar)

Anak-anak yang masih belum mahir dalam mengenal huruf hijaiyah, akan diajar secara berperingkat dalam kelas asas Al Quran kanak kanak. Walaupun kelas yang diajar secara santai, namun hasil pembelajarannya sangat berpuas hati. Mari lihat feedback pelanggan Beana.

Anak-anak sudah pandai mengaji walaupun pembelajaran secara santai.

Tempoh seseorang pelajar boleh mengaji atau menguasai pembelajaran Al Quran adalah selama 7 hingga 8 bulan. Berdasarkan soalan lazim yang ditanya oleh pelanggan, tempoh tersebut adalah standard bagi setiap pelajar. Namun, bagi pelajar yang fast learner, mungkin hanya mengambil tempoh masa yang lebih singkat untuk menguasai pembelajaran.

Menggunakan Modul Smart Jazary | Kelas Asas Al Quran Kanak kanak

Modul Smart Jazary sesuai untuk semua peringkat umur dan menjadikan pembelajaran lebih santai dan tidak membosankan. Modul yang digunakan juga berstruktur dan mempercepatkan kefahaman anak anda.

buku ngaji

Nak tahu apa itu Modul Smart Jazary? Modul ini berkonsepkan “Learn with Fitrah” yang sesuai dipelajari oleh semua peringkat umur. “Fitrah” yang bermaksud teknik pembelajaran secara Fun & Faith, Interaction & Independent, Ta’lim & Tasyji’, Rules & Resect, Affection & Attention, dan Hope & Help. Inilah teknik yang diamalkan oleh qutor bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran kelas asas Al Quran kanak kanak.

Tambahan pula, modul ini ditulis oleh penasihat Beana Home Quran, iaitu Ibnu Abdil Barry bin Ubaidillah. Penulis menghasilkan buku yang disusun mengikut hasil kajian dan pengalamannya sebagai pengajar. Beliau telah mengajar Bahasa Arab Al Quran selama hampir 18 tahun.

Hebat tak penulis Modul Smart Jazary ini? Jadi, ibu bapa tidak perlulah ragu-ragu untuk menghantar anak belajar ke kelas Al Quran bersama Beana.

Mempunyai Takwim Pembelajaran yang Tersusun dan Efektif

Jadual pembelajaran kelas asas Al Quran kanak kanak yang efektif akan diadakan tiga kali seminggu. Selain itu, jadual masa yang fleksibel kerana anda boleh memilih waktu belajar untuk anak anda. Kelas mengaji adalah tertakluk kepada Time-Slot yang telah dimuat naik oleh Qutor Beana. Jadi, tiada masalah untuk anda menghantar anak anda belajar pada waktu malam.

Guru Al-Quran yang Profesional dan Berpengalaman

Tahukah anda bahawa Beana Home Quran menyediakan qutor yang hebat? Tambahan pula, anda juga boleh memilih qutor untuk kelas mengaji anak anda. Jangan risau! Semua qutor daripada Beana Home Quran ini sangat profesional dalam mengendalikan kelas bersama-sama kanak-kanak.

Qutor Beana merupakan qutor yang bertauliah kerana telah disahkan oleh Beana dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Anda juga boleh memilih qutor wanita atau lelaki mengikut keselesaan anak anda.

Feedback Pelanggan

Jom tengok feedback pelanggan selepas menghantar anak belajar mengaji di Beana Home Quran!

testimoni kelas asas al quran kanak kanak

Qutor yang hebat

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan persoalan, anda boleh rujuk pada laman web Beana Home Quran yang telah menyediakan jawapan bagi soalan lazim. Anda boleh menekan pautan

Nak tahu lebih lanjut mengenai kelas asas Al Quran kanak kanak yang disediakan oleh Beana Home Quran? Anda boleh hubungi Puan Kiftiah melalui link WhatsApp ini.