fbpx

BUKU MENGAJI SMART JAZARY

BUKU MENGAJI SMART JAZARY

smart jazary

Tuan Puan sedang mencari buku mengaji yang mudah dan sesuai untuk anak-anak? Semestinya Buku Smart Jazary adalah pilihan terbaik untuk anda sekeluarga.Buku ini dilengkapi dengan asas Al-Quran dan Tajwid yang menjadikan pembelajaran mengaji anak kita lebih santai dan tidak membosankan!

Pada musim pandemik ini kita tahu, ibu bapa agak sibuk dengan pekerjaan dan anak-anak pula ada masa terluang di rumah. Jadi, dengan adanya buku ini dapat membantu anak-anak anda belajar dengan mudah di rumah. Jadi Beana Home Quran ingin ceritakan serba sedikit tentang buku ini.

Siapakah penulis Buku Mengaji Smart Jazary?

Ibnu Abdil Barry Bin Ubaidillah merupakan penasihat Beana Home Quran. Beliau mempunyai pendidikan Pre-Master Bahasa Arab, Sastra dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir serta merupakan pelajar lepasan Pondok Pesantren Husnul Khotimah Jawa Barat Indonesia Madrasah Aliyah.

Beliau juga berpengalaman menjadi Imam di Surau Al-Ulum Seksyen 9, Kota Damansara dan mendapatkan kebenaran dari JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS). Selain itu, beliau juga menjadi pembimbing pelajar–pelajar Malaysia dan Indonesia di Mesir hampir 7 tahun dan kini menjadi tenaga pengajar Arabic Tuition selama hampir 18 tahun.

Apa Kelebihan Buku Mengaji Smart Jazary ini?

Buku Smart Jazary mempunyai banyak kelebihan istimewa antaranya adalah:

1. Buku Mengaji Smart Jazary ini adalah bahagian dari konsep “LEARN WITH FITRAH”, “BELAJAR DENGAN FITRAH” yang diperkenalkan oleh BEANA HOME QURAN DAN SESUAI UNTUK SEMUA UMUR.

2. Buku ini adalah BUKU ASAS MEMBACA AL-QURAN dan bukan BUKU TAJWID, murid tidak dituntut menghafal istilah-istilah tajwid dalam buku ini, tetapi dibimbing untuk membaca dengan betul.

buku mengaji

3. Buku ini disusun berdasarkan hasil kajian dan pengalaman penulis dalam mengajar Bahasa Arab Al-Quran (Quranic Arabic) selama hampir 18 tahun.

4. Text ayat-ayat Al-Quran diambil dari King Fahd Complex for the Printing of the Glorious Qur’an in Madinah Munawwarah.

5. Buku ini adalah bahagian dari modul yang digunakan oleh tenaga pengajar di BEANA HOME QURAN setelah mendapatkan pelatihan dan tauliah untuk mengajar.

buku smart jazary

Ciri- Ciri Buku Smart Jazary:

Buku ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri iaitu:

  • Saiz – A4
  • Jumlah muka surat 159
  • Sesuai untuk semua kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa
  • Hard cover depan belakang
  • Glossy paper
  • Topik yang tersusun (topik asas Al-Quran dan asas Tajwid)
  • Tulisan yang digunakan besar, jelas dan mudah difahami
  • Tiada pengulangan perkataan
  • Penggunaan warna yang menarik (warna mengikut topik)
  • Latihan bacaan disediakan bagi setiap topik
  • Penggunaan warna sebagai petunjuk hukum-hukum tajwid

Video di bawah merupakan testimoni buku mengaji ini:

Beanahomequran – TESTIMONI SMART JAZARY

Testimoni Buku Mengaji Smart Jazary

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan buku ini selagi stok masih ada. Harga yang kami tawarkan untuk buku ini sangat istimewa dan berpatutan iaitu RM 35 sahaja! (Exclude Postage).

Jangan bimbang semuanya hanya di hujung jari. Sekiranya tuan puan berminat untuk dapatkan Buku Smart Jazary ini untuk anak-anak anda, boleh dapatkan di Beana Home Quran sekarang!