fbpx
solat

KEM SOLAT UNTUK KANAK-KANAK

KEM SOLAT UNTUK KANAK-KANAK

Bila dah masuk musim cuti persekolahan ni , dah mula dah ibu bapa runsing fikirkan apa perancangan yang perlu disediakan untuk anak-anak. Dah mula untuk mencari kem yang sesuai untuk anak sertai.

Yelah, cuti lama kan. Rugi sangat kalau tak buat apa-apa untuk mereka. Cuti-cuti pon anak perlu lakukan aktiviti untuk perkembangan minda mereka. Barulah cuti tak menjadi sia-sia. Kan?

Mungkin ada ibu bapa yang dah buat perancangan awal untuk mereka , sama ada hantar mereka ke kelas tambahan seperti kelas piano ke , kelas swimming ke, haa.. dan ada juga yang memilih aktiviti seperti kem untuk anak-anak mereka!

Bila sebut pasal kem ni,min nak kongsikan sedikitlah mengenai KEM SOLAT UNTUK KANAK-KANAK yang dianjurkan oleh Beana Home Quran. Dan ini adalah program solat untuk kanak-kanak yang pertama dilaksanakan pada tahun ini.

Anak Tak Solat? 9 Tips Ajar Anak Solat Sejak Kecil

Bila kem ini akan berlangsung ?

Ianya akan dijalankan pada 18 Disember 2021 bersamaan hari Sabtu dan akan bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di Beana Quran Center yang terletak di seksyen 5, Kota Damansara.

Sesuai untuk siapa ?

Kem ini khas untuk kanak-kanak yang berumur 9-12 tahun dan mempuyai masalah seperti berikut:-

  1. Belum tahu bersuci
  2. Belum boleh solat dengan betul
  3. Liat apabila disuruh solat
  4. Belum hafal bacaan solat

Apa Manfaatnya ?

Dengan menyertai kem ini , pelajar dapat mempelajari ilmu solat secara teori dan juga amali yang akan difokuskan lebih kepada tertib solat iaitu rukun fi’li dengan betul dan terbaik. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan bagaimana cara untuk mengambil wudhu’ dengan betul dan sempurna.

Dan akhir sekali, pelajar dapat menyemak serta memperbaiki bacaan-bacaan di dalam solat yang akan dibimbing oleh fasilitator.

Bagaimana untuk mendaftar ?

Kepada yang berminat atau mempunyai sebarang persoalan boleh hubungi atau whatsapp puan sitti di link ini.

Jangan terlepas untuk daftar segera anak-anak anda. Kekosongan adalah TERHAD kepada 15 orang pelajar sahaja !

kem solat