fbpx

Kelas Solat Intensif For Beginner | Untuk Semua

Kelas Solat Intensif For Beginner | Untuk Semua

Beana Home Quran menyediakan kelas solat intensif untuk beginner bagi yang berminat .

Kandungan Kelas Solat Intensif For Beginner Beana

1#

Kelas belajar solat ini berlangsung selama tiga (3) bulan. Setiap satu bulan, kelas akan dijalankan sebanyak empat (4) kali, jadi selama 3 bulan akan ada 12 kali kelas.

2#

Kelas akan dijalankan pada setiap hari Sabtu selama 2 jam, dari pukul 8 pagi sehingga 10 pagi.

3#

Kelas ini adalah kelas online, yang akan diberitahu kemudian cara untuk sertai kelas platform online ini.

Kenapa Anda Perlu Join Kelas Fardhu Ain Ini?

Anda akan dapat pelajari tips untuk khusyuk di dalam solat.

Firman Allah SWT:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

(Surah al-Mu’minun: 1-2)

 

Siri Bayan Linnas menerangkan ada dua jenis khusyuk di dalam solat, iaitu:

 

[1] Khusyuk hati

Kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya.

Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.

 

[2] Khusyuk badan

Ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.

Selain itu, anda juga dapat mengetahui rahsia dan hikmah dari pergerakan-pergerakan daripada kelas

Kita sendiri mengetahui bahawa jika berlakunya banyak pergerakan ketika solat menyebabkan solat kita boleh terbatal? Tapi tahukah anda, ada beberapa pergerakan yang boleh kita lakukan seribu kali pun tapi tidak akan menjejaskan solat yang kita dirikan.

Nak tahu apakah jenis pergerakan yang tidak membatalkan solat itu? Ini adalah antara contoh penerangan daripada Ustaz Barry sendiri yang anda boleh bertanyakan dengan lebih lanjut di dalam kelas nanti.

Ustaz Barry dapat membantu memperbetulkan bacaan-bacaan zikir dan doa pelajar di dalam solat.

Pelajar juga dapat memahami dan mengambil pengajaran dari apa yang dibaca dalam solat.

Bagi setiap penyertaan untuk kelas ini, setiap pelajar akan menerima secara PERCUMA:

  • Semakan bacaan solat
  • Handbook
  • Bahan pengajaran
  • Solat planner
  • Kelas percubaan (free trial class) selama 1 jam 30 minit.

Jenis Bayaran Kelas

Jika peserta mendaftar sebagai individu atau perseorangan, bayaran adalah RM65/bulan.

Peserta yang mendaftar secara berkumpulan (Family Pax) pula adalah sebanyak RM90/bulan.

Apa kata pelajar kelas solat 2.0 ini

Jika berminat atau untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi Puan Kiftiah melalui link WhatsApp ini https://bit.ly/3iQFi5I.

Jangan terlepas untuk daftar segera untuk kemasukan terbaru Julai 2021 nanti!