fbpx
quran tutor virus covid19

Quran Tutor: 3 Kaedah Pembelajaran Ketika COVID-19

Quran Tutor: 3 Kaedah Pembelajaran Ketika COVID-19

quran tutor virus covid19

Quran tutor perlu menjalankan kelas mengaji dengan mematuhi normalisasi baharu. Cetusan pandemik wabak COVID-19 telah mengubah normalisasi lama kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk meneruskan kelas pembelajaran Al-Quran. Begitu juga dengan proses pembelajaran dan pengajaran andragogi dan pedagogi.

Pastikan untuk baca sehingga habis untuk mengetahui kaedah pembelajaran ketika COVID-19. Tiga kaedah pembelajaran yang perlu dicakna ketika pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

1. Pembelajaran secara maya atau atas talian (Online learning)

quran tutor online learning

Kaedah pembelajaran secara maya atau atas talian perlu diimplementasikan dan dijadikan normalisasi dalam kalangan para Quran tutor dan pelajar. Platform seperti Google Meet, Zoom dan Microsoft Team telah meluas digunakan oleh guru dan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) online di sekolah harian. 

2. Perketatkan penjagaan Standard Operating Procedure (SOP) ketika pembelajaran bersemuka

quran tutor hand sanitizer

Oleh disebabkan tidak semua orang berkemampuan untuk mencapai rangkaian Internet yang seragam, kelas mengaji secara bersemuka juga perlu dilakukan. Oleh itu, para Quran tutor perlu menitikberatkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Antaranya:

  • Pemeriksaan suhu badan para pelajar dan Quran tutor sebelum memulakan pembelajaran.
  • Mewajibkan penggunaan hand sanitizer sebelum menjalankan kelas.
  • Sususan meja para pelajar perlu dalam jarak satu meter.
  • Mengamalkan penjarakkan sosial seboleh yang mungkin.

Kedua-dua pihak guru dan para pelajar bertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri sepanjang kelas dijalankan. Ia merupakan usaha untuk memutuskan rangkaian penyakit COVID-19.

3. Penggunaan media sosial sebagai medium pengajaran oleh Quran tutor

social media

Para tenaga pengajar Al-Quran perlu mengambil inisiatif untuk berhubung dengan para pelajar. Desawarsa ini, para pelajar sinonim dengan kepenggunaan kemudahan teknologi, khususnya pelajar dewasa dan remaja. Salah satu kaedah yang efektif untuk mengajar Al-Quran adalah melalui rangkaian media sosial. Penggunaan media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Telegram dan sebagainya boleh merapatkan jurang antara tenaga pengajar Al-Quran dan para pelajar. Di Beana HomeQuran, para Quran tutor digalakkan untuk mengikuti proses pembelajaran yang selaras dengan perkembangan teknologi.

Beana HomeQuran cakna tentang kehendak masyarakat yang memerlukan bimbingan dalam pembelajaran Al-Quran. Oleh itu, para Qutor Beana juga mengambil berat atas kehendak masyarakat. Beana HomeQuran menyediakan kelas pembelajaran mengaji secara atas talian mahupun kelas bersemuka. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan mahu mengaji.

Comments are closed.