11. Menggunakan kemudahan gajet dan apps digital yang boleh menjadi alat bantu mengaji Al-Quran.
12. Memastikan si anak tasmik hafalan dan diperdengarkan oleh si ibu.
13. Ketika si ibu sibuk di dapur, pastikan anak-anak membaca surah hafazan sambil dipantau melalui video kamera.
Meminta si anak membuat sebuah video 1 minit untuk surah hafazan yang telah dihafal. Cara ini sangat sesuai dilakukan untuk anak-anak yang kurang fokus dalam mengaji. Si ibu boleh menyediakan phone atau apa sahaja yang boleh merekod aktiviti mereka.
14. Pastikan si ibu merekod aktiviti anak-anak.
Jika si anak memiliki akaun Facebook atau Telegram mereka sendiri, digalakkan si ibu untuk create sebuah group kemudian share sesuatu aktiviti pembelajaran di situ. Ia bagi melihat kesungguhan anak-anak untuk belajar bersama si ibu yang sentiasa sibuk bekerja.
15. Last but not least, pastikan si ibu memberikan kelas mengaji formal seminggu sekali buat anak-anak.
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar Al-Quran daripada ustaz atau ustazah yang diiktiraf ilmunya tentang pengajaran Al-Quran.